
Table of Contents
- Apa itu Bantuan Lesen Percuma?
- Siapa Yang Layak Memohon Bantuan Lesen Percuma?
- Kos Yang Akan Ditanggung
- Cara Mohon Bantuan Lesen Percuma 2025
- Manfaat Program Ini
- Maklumat Lanjut
- Baca Juga
Bantuan lesen percuma pada tahun 2025. Ramai belia masih belum tahu bahawa mereka kini boleh mohon lesen memandu percuma sepenuhnya di bawah program khas kerajaan. Inisiatif ini menyasarkan golongan B40, terutama anak muda yang masih belum memiliki lesen kerana kekangan kewangan.
Berita baiknya – permohonan untuk program Lesen Memandu MyLesen B2 kini dibuka. Jika anda atau anak anda tergolong dalam kumpulan B40, ini peluang untuk dapatkan lesen tanpa perlu keluarkan wang sendiri.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan, langkah permohonan dan maklumat penting program ini.
Apa itu Bantuan Lesen Percuma?
Program MyLesen B2 membantu golongan berpendapatan rendah dengan membayar sepenuhnya kos lesen motosikal B2 (bawah 250cc).
Program ini bekerjasama dengan JPJ dan institut memandu pilihan di seluruh Malaysia.
Siapa Yang Layak Memohon Bantuan Lesen Percuma?
Untuk tahun 2025, pemohon mestilah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
- Tiada lesen memandu sedia ada
- Pendapatan isi rumah dalam kategori B40
- Lulus pemeriksaan kesihatan dan ujian penglihatan
- Tidak pernah disenarai hitam oleh JPJ atau Polis
Kos Yang Akan Ditanggung
Program ini menanggung sepenuhnya semua kos asas untuk mendapatkan lesen B2, termasuk:
- Bayaran pendaftaran di institut memandu
- Kelas teori KPP01
- Ujian komputer undang-undang
- Ujian praktikal di litar dan jalan raya
- Lesen percubaan P
Peserta tidak perlu membayar apa-apa, semuanya ditanggung sepenuhnya
Cara Mohon Bantuan Lesen Percuma 2025
Langkah permohonan MyLesen B2 mungkin berbeza mengikut negeri dan zon JPJ, tetapi secara umum:
- Layari laman rasmi JPJ atau agensi negeri yang terlibat.
- Isi borang permohonan MyLesen B2 secara dalam talian.
- Sediakan dokumen sokongan:
- Salinan MyKad
- Surat pengesahan pendapatan / eKasih (jika diminta)
- Hantar permohonan dan tunggu panggilan temuduga atau penilaian ringkas.
- Jika lulus, Institut Memandu berdaftar akan menghubungi peserta.
Berikut merupakan contoh laman aktif terima permohonan bergantung negeri : JPJ Malaysia
Manfaat Program Ini
Lesen memandu bukan sahaja penting untuk belia bekerja atau melanjutkan pelajaran, tetapi juga:
- Meningkatkan peluang pekerjaan
- Membuka laluan sebagai penghantar (rider) atau pemandu e-hailing
- Memudahkan urusan keluarga
- Mengurangkan risiko ditahan kerana menunggang tanpa lesen sah
Program MyLesen B2 menawarkan peluang kepada belia B40 untuk memperoleh lesen motosikal secara percuma dan diiktiraf undang-undang. Sila semak sama ada permohonan telah dibuka di negeri anda dan kemukakan borang secepat mungkin sebelum kuota penuh.
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, tekan sini.

