
Table of Contents
- Syarat Kelayakan SARA 2026
- Bagaimana SARA 2026 Dijalankan?
- Jumlah Bantuan SARA 2026
- Info Pembayaran SARA 2026
- Cara Semak Kelayakan SARA 2026
- Maklumat Lanjut
- Baca Juga
Sebagai usaha berterusan membantu rakyat, kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 telah diperluas, membolehkan lebih ramai penerima layak menikmati bantuan ini — termasuk kategori Isi Rumah, Bujang, serta Warga Emas Tiada Pasangan.
Ingin tahu cara semak kelayakan MySARA 2026 anda?
Rujuk penerangan lengkap di bawah.
Syarat Kelayakan SARA 2026
- Kategori Layak: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Warganegara Malaysia.
- Penerima STR 2026 yang berstatus eKasih dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih.
- Penerima STR 2026 bukan eKasih juga layak menerima bantuan di bawah kategori tertentu yang ditetapkan.

Bagaimana SARA 2026 Dijalankan?
Maklumat Penting Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah 2026 :
- SARA merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR dalam bentuk barangan keperluan asas.
- Kelayakan adalah automatik — semua penerima STR layak tanpa perlu membuat permohonan baru.
- Kredit SARA dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
- Penggunaan kredit hanya dibenarkan untuk pembelian barangan asas di kedai berdaftar yang diluluskan oleh kerajaan.
Jumlah Bantuan SARA 2026
Jumlah bantuan bagi SARA 2026 adalah seperti berikut:
Isi Rumah
- SARA eKasih: RM2,400 (RM200 sebulan)
- SARA Bukan eKasih: RM1,200 (RM100 sebulan)
Warga Emas Tiada Pasangan
- SARA eKasih: RM1,800 (RM150 sebulan)
- SARA Bukan eKasih: RM600 (RM50 sebulan)
Bujang
- SARA eKasih: RM1,200 (RM100 sebulan)
- SARA Bukan eKasih: RM600 (RM50 sebulan)
Info Pembayaran SARA 2026
Berikut ialah rumusan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah yang telah diumumkan:
- Penerima STR (Bukan eKasih): Layak menerima bantuan sehingga RM1,200 setahun, bergantung kepada kategori kelayakan.
- Penerima STR (Berstatus eKasih): Akan menerima bantuan sehingga RM2,400 setahun, mengikut tahap kelayakan penerima.
- Untuk Semua Rakyat Malaysia: Individu berumur 18 tahun ke atas akan menerima bayaran tunai sekali sahaja (one-off) sebanyak RM100 pada Februari 2026.
Cara Semak Kelayakan SARA 2026
Jika anda ingin menyemak status kelayakan, anda boleh rujuk kepada dua kaedah seperti berikut
- Portal MySARA
- Portal STR
Panduan Semakan Status di Portal SARA 2026:
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama portal.
- Klik pada butang “Semak Kelayakan” untuk memeriksa status Sumbangan Asas Rahmah.
- Anda akan diarahkan ke Portal Semakan Status MyKasih di: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan (tanpa tanda hubung “-”).
- Klik “Semakan Status”.
- Maklumat berikut akan dipaparkan:
- Nama Program: Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status: Layak (jika memenuhi syarat)
- Tarikh Mula Program
- Tarikh Tamat Program
- Baki (RM): Contoh: 100.00 (jumlah bergantung kepada penggunaan penerima)
- Anda boleh membuat pembelian bermula dari tarikh program sehingga tarikh tamat.
- Untuk senarai barangan dan panduan pembelian, sila rujuk panduan lengkap di bawah.
Panduan Semakan Status di Portal MySTR 2026:
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Klik “Semak”.
- Pilih “Ya” jika kata kunci keselamatan adalah betul seperti yang telah anda tetapkan.
- Masukkan kata laluan yang anda cipta semasa pendaftaran akaun.
- Tekan “Log Masuk”.
- Sekiranya berjaya, anda akan dibawa ke Dashboard MySTR, di mana maklumat berikut dipaparkan:
- Status Permohonan STR
- Jumlah Telah Dibayar
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- Status Kelayakan SARA
Maklumat Lanjut
Sebarang Pertanyaan Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026:
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai SARA 2026, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut:
- Talian Bantuan: 03 – 7720 1800
(Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang) - E-mel: sara@mykasih.com

