Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh tukar akaun bank untuk bayaran STRmereka secara online melalui kaedah yang disediakan untuk kemaskini bayaran STR.

Anda hanya boleh menukar maklumat akaun bank jika bayaran STR untuk fasa sebelumnya berstatus Berjaya Kredit.

Apa itu STR?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan tunai yang kerajaan salurkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak serta memerlukan bantuan bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi supaya pemberian tunai melalui STR 2025 dapat dipertingkat dan disalurkan dengan lebih berkesan kepada rakyat.

Langkah ini memastikan isi rumah berpendapatan rendah menerima bantuan yang sewajarnya dan terus mendapat sokongan melalui bayaran STR.

Program STR juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kerajaan MADANI, yang digerakkan melalui kerjasama tiga kementerian utama:

  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dan
  • Kementerian Ekonomi.

Untuk tahun 2025, kerajaan menjangkakan kira-kira 4.7 juta warganegara daripada kategori bujang, warga emas tanpa pasangan dan isi rumah akan menerima manfaat STR.

Kategori Penerima STR

1. Isi Rumah

Individu layak sebagai penerima kategori Isi Rumah jika mereka:

  • Berstatus kahwin, atau
  • Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda yang mempunyai anak menepati syarat; dan
  • Mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

Kategori ini merangkumi individu yang:

  • Berstatus bujang, atau Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda tanpa anak menepati syarat; dan
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

Individu layak dalam kategori Bujang jika mereka:

  • Berstatus bujang, atau Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda tanpa anak menepati syarat; dan
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • OKU berumur 19 tahun ke atas juga layak;
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan

Kadar Bayaran STR 2025

Jumlah bayaran STR untuk tahun ini adalah seperti berikut :

Jadual tentang kadar bayaran STR 2025
Kadar Bayaran STR 2025

Kaedah Pembayaran STR

i. Kredit ke Akaun Bank

Kerajaan akan mengreditkan bayaran terus ke akaun bank penerima atau pasangan sekiranya maklumat akaun adalah sah dan aktif.

ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dibuat secara tunai di kaunter BSN jika:

  • Tiada maklumat akaun bank didaftarkan, atau
  • Bayaran gagal dikreditkan ke akaun penerima.

Siapa Perlu Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR

Penerima STR perlu menukar maklumat akaun bank jika mereka tidak lagi menggunakan akaun lama, akaun tersebut telah ditutup, tidak aktif atau mengalami masalah ketika proses pengkreditan fasa sebelumnya. Penukaran ini penting supaya bayaran seterusnya dapat dikreditkan dengan lancar tanpa sebarang kegagalan kredit.

Selain itu, penerima yang bertukar bank, membuka akaun baharu, ataupun menggunakan akaun yang lebih mudah diakses juga digalakkan untuk mengemas kini maklumat mereka di portal MySTR. Dengan memastikan maklumat akaun bank sentiasa terkini, penerima dapat mengelakkan kelewatan bayaran dan memastikan semua pembayaran STR diterima tepat pada masanya.

Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR

Anda boleh mengemas kini maklumat akaun bank melalui dua kaedah utama:

  1. Secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR LHDNM atau
  2. Menghantar Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR ke Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS), atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Untuk menukar akaun bank secara online, ikuti langkah berikut:

  1. Layari portal STR.
  2. Log masuk dengan memasukkan nombor MyKad dan kata laluan berdaftar.
  3. Pilih menu “Kemas Kini Permohonan.”
  4. Sistem akan memaparkan maklumat permohonan terkini secara automatik.
  5. Kemas kini maklumat pemohon, termasuk mengisi nombor akaun bank baharu.
  6. Seterusnya, kemas kini maklumat pasangan, anak dan waris jika berkaitan.
  7. Pada bahagian Pengesahan, isi kod Captcha dan klik “Sahkan Captcha.”
  8. Semak paparan Perakuan Pemohon, pastikan semua maklumat betul, kemudian tandakan kotak “Setuju.”
  9. Akhir sekali, klik “Hantar” untuk melengkapkan proses kemas kini.

Ikuti Facebook page untuk info bantuan terkini : Facebook Group

Soalan Lazim (FAQ) Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR

1. Bolehkan saya menambah maklumat akaun bank semasa tempoh kemas kini dibuka?

Ya, anda boleh menambah maklumat akaun bank untuk diri sendiri atau pasangan jika anda tidak memasukkan maklumat tersebut semasa pendaftaran STR 2025. Anda juga dibenarkan mengemas kini akaun bank jika bayaran STR fasa terkini tidak dibuat melalui kredit ke akaun pemohon atau pasangan.


2. Saya menerima bayaran STR melalui kredit ke akaun bank dan statusnya Berjaya Kredit. Bolehkah saya menukar akaun bank?

Ya, anda boleh mengemas kini akaun bank jika status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit. Namun, anda hanya boleh menukar akaun bank lama kepada akaun bank baharu.
Penukaran daripada bayaran bank kepada bayaran tunai (BSN) tidak dibenarkan.

3. Bayaran STR sebelum ini dikreditkan ke akaun bank pasangan. Akaun itu kini tidak aktif. Bolehkah saya kemas kini akaun pasangan?

Ya, anda boleh mengemas kini maklumat akaun pasangan jika status bayaran STR fasa sebelumnya adalah:

  • Gagal Kredit, atau
  • Tunai (BSN)

Sekiranya bayaran sebelumnya Berjaya Kredit, penukaran akaun pasangan tidak dibenarkan.

Baca Juga