Table of Contents

Semakan Status SARA 2025 boleh dibuat oleh penerima untuk mengetahui kelayakan mereka bagi program SARA, iaitu bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta golongan Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Bermula 2025, kerajaan menyalurkan bantuan ini melalui platform MyKasih bagi memudahkan pembelian barangan asas harian.

Kelayakan boleh disemak di laman web rasmi SARA, manakala status bayaran pula boleh dilihat melalui aplikasi MyKasih atau pautan semakan ini.

Apa itu SARA?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, dan bantuan ini disalurkan sepenuhnya melalui program MyKasih.

Mulai Januari 2025, penerima yang layak akan menerima RM100 sebulan melalui MyKad untuk membeli barangan asas di lebih 600 pasar raya terpilih. Kadar bantuan ini turut ditingkatkan kepada RM200 sebulan bermula April 2025.

Bagi STR 2025, jumlah penerima isi rumah meningkat kepada 4.1 juta, berbanding hanya 700,000 pada tahun 2024. Penerima kategori bujang pula akan mendapat RM600, berbanding RM500 sebelum ini.

Kerajaan turut menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion, sekali gus menaikkan kadar maksimum STR kepada RM4,600 bagi isi rumah. Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan STR dan SARA dalam Belanjawan 2025 mencecah RM13 bilion — yang tertinggi dalam sejarah.

Maklumat Penting SARA 2025

Program SARA 2025 akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari 2025 bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan serta menyokong prinsip kesaksamaan yang menjadi asas Ekonomi MADANI.

Melalui program ini, penerima layak boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan MyKad di kedai runcit yang berdaftar. Kelayakan bantuan ditentukan sepenuhnya berdasarkan status Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih, yang menjadi rujukan rasmi kementerian dan agensi kerajaan.

Bantuan SARA disalurkan dalam bentuk pembelian tanpa tunai sebanyak RM100 sebulan selama 12 bulan. Mulai April 2025, kadar ini akan dinaikkan kepada RM200 sebulan untuk penerima eKasih.

Bagi penerima STR, bayaran SARA akan mula diberikan pada April 2025 bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Poster menunjukkan kadar bantuan SARA 2025
Kadar Bantuan SARA 2025

Syarat Permohonan SARA 2025

Syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin atau Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih yang diselenggara oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, sehingga 31 Oktober 2023.

Ikuti Channel Telegram info Bantuan Terkini : Channel Info Bantuan Kerajaan

Kategori dan Jumlah Bantuan SARA 2025

Penerima STR dan eKasih menerima bantuan seperti berikut:

  • Isi Rumah – RM2,100
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,650
  • Bujang – RM600

Kategori penerima STR sahaja menerima bantuan seperti berikut:

  • Isi Rumah – RM900
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
Kadar Bantuan SARA 2025 mengikut kategori
Kadar Bantuan SARA 2025 Mengikut Kategori

SARA One-off Pada 31 Ogos

Bermula 31 Ogos 2025, kerajaan akan mengkreditkan RM100 secara one-off ke dalam MyKad bagi setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas melalui program SARA Untuk Semua.

Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang mengambil bahagian. Kredit RM100 SARA Untuk Semua sah sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki yang tidak digunakan akan ditarik balik dan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program lain yang akan ditentukan kemudian.

Setiap individu layak menerima RM100, manakala sesebuah isi rumah boleh menerima jumlah yang lebih tinggi secara kolektif. Contohnya, suami isteri dengan dua anak yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 x 4 orang = RM400 keseluruhan.

Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat mulai 21 Ogos 2025 di laman rasmi MyKasih:

Pastikan anda menyemak dan menggunakan bantuan ini sebelum tamat tempoh.

Poster menunjukkan SARA dibayar oneoff pada 31 Ogos 2025
SARA One-off Pada 31 Ogos

Semakan Status SARA 2025

Semakan status SARA 2025 boleh dibuat melalui laman web rasmi SARA atau menggunakan aplikasi MyKasih.

Infografik cara semakan status SARA 2025
Cara Semak Status SARA 2025

Tarikh Bayaran SARA 2025

Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dikreditkan mengikut jadual berikut:

  1. Kategori penerima STR dan eKasih:
    • Isi Rumah – RM2,100 (RM100 sebulan bagi Januari hingga Mac, RM200 sebulan bagi April hingga Disember)
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,650 (RM100 sebulan bagi Januari hingga Mac, RM150 sebulan bagi April hingga Disember)
    • Bujang – RM600 (RM50 sebulan sepanjang Januari hingga Disember)
  2. Kategori penerima STR sahaja:
    • Isi Rumah – RM900 (RM100 sebulan bagi April hingga Disember)
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 sebulan bagi April hingga Disember)
Jadual tarikh pembayaran SARA 2025
Tarikh Bayaran SARA 2025

Cara Beli Barangan Bantuan SARA 2025

Langkah-langkah untuk membuat pembelian adalah seperti berikut:

  1. Simpan resit bagi tujuan rujukan dan semakan baki.
  2. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label MyKasih di rak.
  3. Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status.
  4. Juruwang mengimbas kod barangan yang dibeli.
  5. Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan pembayaran.
Cara Beli Barang SARA 2025
Cara Beli Barang SARA 2025

Cara Semak Baki SARA 2025

Anda boleh menyemak baki SARA 2025 melalui kaedah berikut:

  1. Melalui portal rasmi MyKasih.
  2. Melalui resit pembelian

Contoh paparan baki boleh dilihat pada resit pembelian :

Infografik menunjukkan cara cek baki SARA melalui resit pembayaran
Paparan Resit Pembelian

Contoh paparan melalui MyKasih :

Infografik menunjukkan cara cek baki SARA melalui Mykasih
Paparan Baki SARA di Mykasih

Untuk memudahkan semakan baki SARA 2025, anda boleh memuat turun aplikasi MyKasih secara percuma melalui Google Play atau Apple App Store. Aplikasi ini membolehkan penerima menyemak baki dalam akaun MyKad, melihat jenis barangan yang boleh dibeli, serta mencari kedai berdekatan untuk membuat pembelian.

Barang Yang Boleh Dibeli SARA 2025

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan, iaitu:

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa
  11. Produk kebersihan
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan
  14. Barangan kebersihan rumah
Kategori barang yang boleh dibeli
Kategori Barang Yang Boleh Dibeli
Senarai barang yang boleh dibeli SARA 2025
Barang yang boleh dibeli SARA 2025

Maklumat Lanjut

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini dan mendapatkan maklumat sahih mengenai Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2025 yang disediakan oleh Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi.

Untuk maklumat lanjut:

  • Klik Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  • Layari laman rasmi SARA untuk soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA.
  • Layari MyKasih untuk maklumat lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan SARA.

Soalan Lazim SARA 2025

1. Apa itu SARA 2025?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ialah program bantuan bersasar bagi rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup. Program ini bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan dan menegakkan prinsip kesaksamaan yang menjadi asas Ekonomi MADANI.

2. Bagaimana cara menggunakan SARA?
Penerima SARA 2025 menerima bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) melalui akaun MyKad. Barangan runcit asas daripada kategori yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

3. Apakah kelayakan SARA 2025?

  • SARA Miskin Tegar & Miskin eKasih:
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam pangkalan data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025:
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.

4. Bagaimana cara membuat semakan SARA?
Anda boleh menyemak SARA 2025 melalui:

  • Surat pemakluman;
  • Sistem pesanan ringkas (SMS Blast);
  • Portal rasmi SARA
  • Talian semakan kelayakan: 1-800-88-2747 (BKK Hasil), 03-8882 4565 / 4566 (MOF), atau 03-7720 1800 (MyKasih).

5. Bagaimana cara memohon SARA 2025?
Tidak perlu memohon. Kelayakan diberikan secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024. SARA 2025 juga diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

6. Bagaimana cara semak SARA On Off?
Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih mulai 21 Ogos 2025.

Baca Juga