
Table of Contents
- Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas 2025 BWE JKM
- Cara Permohonan Bantuan Warga Emas 2025
- Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Warga Emas 2025
- Maklumat Lanjut Bantuan Warga Emas 2025
- Soalan Lazim Bantuan Warga Emas 2025 JKM
- Baca Juga

Bantuan Warga Emas 2025 (BWE) ialah inisiatif yang Jabatan Kebajikan Masyarakat laksanakan untuk membantu warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Kerajaan menunjukkan keprihatinan dengan terus menyalurkan bantuan ini bagi memastikan kebajikan warga emas sentiasa terpelihara, khususnya mereka yang benar-benar memerlukan.
Jumlah bantuan kini meningkat kepada RM600 sebulan berbanding RM500 sebelum ini, seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan terdahulu. Warga emas yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM600.
JKM, sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyalurkan bantuan ini kepada warga emas yang layak supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dalam komuniti setempat.
Jika anda mempunyai ibu bapa, saudara atau kenalan yang tergolong sebagai warga emas dan memenuhi kriteria, anda boleh membuat permohonan bagi pihak mereka.
Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas 2025 BWE JKM
Hanya warga emas yang memenuhi syarat di bawah akan dipertimbangkan selepas permohonan dihantar:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan tinggal menetap di Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sama ada PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
- Bagi warga emas sebatang kara, mereka masih layak dipertimbangkan walaupun menumpang atau tinggal bersama ahli keluarga/penjaga yang berpendapatan melebihi PGK, asalkan keperluan mereka dibuktikan.
- Pemohon tidak tinggal di institusi JKM atau mana-mana pusat jagaan harian/berkediaman yang menerima Geran Rangsum serta menyediakan kemudahan secara percuma.
Selain itu, kes istimewa yang mempunyai pendapatan melebihi PGK atau mempunyai alasan munasabah boleh turut dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri atau Wilayah Persekutuan.
Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan
Cara Permohonan Bantuan Warga Emas 2025
1. Permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
Anda boleh membuat permohonan bantuan kewangan ini di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Malaysia.
Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan dan penilaian bagi memastikan pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
Untuk memudahkan urusan, anda boleh memuat turun borang, mencetaknya, mengisi maklumat yang diperlukan dan membawa borang tersebut ke kaunter.
- Borang Permohonan Bantuan – JKM 18
- Borang Kaji Semula Bantuan – JKM 20
2. Permohonan Secara Dalam Talian (Online)
Selain hadir ke pejabat, anda juga boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak (BKK) secara dalam talian melalui pautan sistem eBantuan JKM.
Dokumen Sokongan Permohonan Bantuan Warga Emas 2025
Untuk memastikan permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) dapat diproses dan dinilai, anda perlu membawa dokumen berikut bersama borang permohonan:
- Salinan MyKad pemohon
- Salinan MyKad / MyKid ahli keluarga yang tinggal serumah
- Penyata pendapatan majikan; atau
- Pengakuan pendapatan daripada penghulu / penggawa / ketua kampung / JPKK / MPKK jika bekerja sendiri (bersama borang pengesahan pendapatan/pekerjaan); atau
- Akuan berkanun daripada Pesuruhjaya Sumpah bagi pemohon yang bekerja sendiri;
- Salinan bil utiliti seperti bil elektrik, air, telefon atau Astro sebagai bukti alamat;
- Salinan penyata bank terkini atau slip pengesahan akaun bank; dan
- Dokumen sokongan lain yang berkaitan, sekiranya diperlukan.
BWE merupakan bantuan kewangan yang diberikan kepada warga emas warganegara yang berada dalam kategori miskin tegar bagi membantu menjamin kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka.
Maklumat Lanjut Bantuan Warga Emas 2025
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi JKM.
Soalan Lazim Bantuan Warga Emas 2025 JKM
1. Apakah itu Bantuan Warga Emas (BWE)?
BWE ialah bantuan bulanan yang disalurkan oleh JKM untuk membantu warga emas meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera dalam komuniti.
2. Berapakah jumlah bantuan BWE bagi tahun 2025?
Jumlah bantuan yang diberikan kepada warga emas layak pada tahun 2025 ialah RM600 sebulan.
3. Bagaimana cara memohon BWE 2025?
a) Permohonan dalam talian (online):
Permohonan boleh dibuat melalui portal eBantuan JKM:
b) Permohonan manual (di kaunter):
Pemohon boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat untuk mendapatkan borang dan membuat permohonan.
4. Adakah bantuan ini dibayar setiap bulan?
Ya. BWE dibayar secara bulanan, sama ada dikreditkan terus ke akaun bank atau ditunaikan di pejabat JKM bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun.
5. Adakah warga emas yang tinggal bersama anak masih layak?
Ya. Mereka tetap layak sekiranya anak tidak mampu menyediakan nafkah dan pendapatan isi rumah masih berada di bawah PGK.

