Table of Contents

Sebagai usaha berterusan membantu rakyat, kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 telah diperluas, membolehkan lebih ramai penerima layak menikmati bantuan ini — termasuk kategori Isi Rumah, Bujang, serta Warga Emas Tiada Pasangan.

Ingin tahu cara semak kelayakan MySARA 2026 anda?
Rujuk penerangan lengkap di bawah.

Syarat Kelayakan SARA 2026

  • Kategori Layak: Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Warganegara Malaysia.
  • Penerima STR 2026 yang berstatus eKasih dan tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih.
  • Penerima STR 2026 bukan eKasih juga layak menerima bantuan di bawah kategori tertentu yang ditetapkan.
Poster berkenaan dengan bantuan tunai dan sara hidup

Bagaimana SARA 2026 Dijalankan?

Maklumat Penting Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah 2026 :

  1. SARA merupakan bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima STR dalam bentuk barangan keperluan asas.
  2. Kelayakan adalah automatik — semua penerima STR layak tanpa perlu membuat permohonan baru.
  3. Kredit SARA dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
  4. Penggunaan kredit hanya dibenarkan untuk pembelian barangan asas di kedai berdaftar yang diluluskan oleh kerajaan.

Jumlah Bantuan SARA 2026

Jumlah bantuan bagi SARA 2026 adalah seperti berikut:

Isi Rumah

  • SARA eKasih: RM2,400 (RM200 sebulan)
  • SARA Bukan eKasih: RM1,200 (RM100 sebulan)

Warga Emas Tiada Pasangan

  • SARA eKasih: RM1,800 (RM150 sebulan)
  • SARA Bukan eKasih: RM600 (RM50 sebulan)

Bujang

  • SARA eKasih: RM1,200 (RM100 sebulan)
  • SARA Bukan eKasih: RM600 (RM50 sebulan)

Info Pembayaran SARA 2026

Berikut ialah rumusan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah yang telah diumumkan:

  • Penerima STR (Bukan eKasih): Layak menerima bantuan sehingga RM1,200 setahun, bergantung kepada kategori kelayakan.
  • Penerima STR (Berstatus eKasih): Akan menerima bantuan sehingga RM2,400 setahun, mengikut tahap kelayakan penerima.
  • Untuk Semua Rakyat Malaysia: Individu berumur 18 tahun ke atas akan menerima bayaran tunai sekali sahaja (one-off) sebanyak RM100 pada Februari 2026.

Cara Semak Kelayakan SARA 2026

Jika anda ingin menyemak status kelayakan, anda boleh rujuk kepada dua kaedah seperti berikut

  • Portal MySARA
  • Portal STR

Panduan Semakan Status di Portal SARA 2026:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di: https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama portal.
  3. Klik pada butang “Semak Kelayakan” untuk memeriksa status Sumbangan Asas Rahmah.
  4. Anda akan diarahkan ke Portal Semakan Status MyKasih di: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan (tanpa tanda hubung “-”).
  6. Klik “Semakan Status”.
  7. Maklumat berikut akan dipaparkan:
    • Nama Program: Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status: Layak (jika memenuhi syarat)
    • Tarikh Mula Program
    • Tarikh Tamat Program
    • Baki (RM): Contoh: 100.00 (jumlah bergantung kepada penggunaan penerima)
  8. Anda boleh membuat pembelian bermula dari tarikh program sehingga tarikh tamat.
  9. Untuk senarai barangan dan panduan pembelian, sila rujuk panduan lengkap di bawah.

Panduan Semakan Status di Portal MySTR 2026:

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Klik “Semak”.
  5. Pilih “Ya” jika kata kunci keselamatan adalah betul seperti yang telah anda tetapkan.
  6. Masukkan kata laluan yang anda cipta semasa pendaftaran akaun.
  7. Tekan “Log Masuk”.
  8. Sekiranya berjaya, anda akan dibawa ke Dashboard MySTR, di mana maklumat berikut dipaparkan:
    • Status Permohonan STR
    • Jumlah Telah Dibayar
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
    • Status Kelayakan SARA

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026:

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai SARA 2026, sila hubungi pihak berwajib seperti berikut:

  • Talian Bantuan: 03 – 7720 1800
    (Isnin – Jumaat, 8.30 pagi – 5.30 petang)
  • E-mel: sara@mykasih.com

Baca Juga