Table of Contents

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah sebuah inisiatif bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 yang diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Melalui program ini, bantuan disalurkan kepada individu dan keluarga berpendapatan rendah serta sederhana yang layak dan benar-benar memerlukan bagi membantu mereka menampung peningkatan kos sara hidup.

Permohonan serta semakan kelayakan STR 2026 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi STR di pautan bantuantunai.hasil.gov.my.

Apa itu STR 2026?

STR 2026 atau kepanjangannya, Sumbangan Tunai Rahmah merupakan inisiatif bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2026 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak serta memerlukan bantuan.

Melalui pelaksanaan penyasaran semula subsidi, Kerajaan dapat menambah baik kadar bantuan tunai serta memperluas sokongan kepada rakyat yang memerlukan. Langkah ini memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima bantuan yang sesuai melalui STR 2026.

STR 2026 memberi tumpuan kepada beberapa kategori penerima, termasuk isi rumah berpendapatan rendah di bawah RM2,500, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, warga emas bujang, serta individu bujang berpendapatan rendah.

Bagaimana cara untuk mendaftar MySTR

Untuk pengetahuan anda, laman web Sumbangan Tunai Rahmah baru sahaja dikemaskini. Para pengguna sebelumnya hendaklah mendaftarkan semula akaun bagi memastikan anda mendapat manfaat daripada bantuan ini. Berikut merupakan cara pendaftaran :

  1. Layari portal MySTR melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.
  2. Pilih butang “LOG MASUK” pada halaman utama.
  3. Klik “Daftar Pengguna Baharu” untuk membuat pendaftaran.
  4. Soalan keselamatan akan dipaparkan untuk tujuan pengesahan. Tekan “Seterusnya”.
  5. Masukkan Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan.
  6. Akhir sekali, klik “Daftar Akaun” untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Fasa Pembayaran STR 2026

Fasa pembayaran STR 2026 dijangka dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan setiap kategori penerima menerima bantuan mengikut jadual yang ditetapkan. Pembayaran akan diagihkan dalam beberapa fasa sepanjang tahun, bermula dengan bantuan kepada isi rumah berpendapatan rendah, diikuti kategori isi rumah berpendapatan sederhana, warga emas bujang dan individu bujang yang layak. Pelaksanaan mengikut fasa ini membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan dengan lebih tersusun serta memastikan setiap penerima menerima bayaran tepat pada masanya berdasarkan kelayakan masing-masing.

Seperti sebelum ini, STR mempunyai empat fasa bermula dari Fasa 1 sehingga Fasa 4. Tarikh pembayaran bagi setiap fasa adalah berbeza.

Siapa yang Layak Menerima STR 2026?

1. Isi Rumah

  • Berstatus kahwin, atau
  • Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Berstatus bujang, atau
  • Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

  • Berstatus bujang, atau
  • Ibu/Bapa Tunggal, Balu, Janda atau Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Berumur 21–59 tahun; dan
  • Individu OKU bujang berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

Kadar Bayaran STR 2026

Berikut merupakan kadar bayaran bagi STR 2026 :

Isi Rumah

  • Pendapatan ≤ RM2,500
    1. Anak ≥ 5: RM2,500
    2. Anak 3–4: RM2,000
    3. Anak 1–2: RM1,500
    4. Anak 0: RM1,000
  • Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    1. Anak ≥ 5: RM1,250
    2. Anak 3–4: RM1,000
    3. Anak 1–2: RM750
    4. Anak 0: RM500

Warga Emas Tiada Pasangan

  • Pendapatan ≤ RM5,000: RM600

Bujang

  • Pendapatan ≤ RM2,500: RM600

Cara Memohon STR 2026

Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan STR sepanjang tahun, bermula 13 Oktober 2025.

Permohonan baru untuk STR 2026 boleh dilakukan melalui portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Sila rujuk panduan lengkap yang disertakan di bawah :

Tarikh Permohonan STR 2026 Dibuka

Permohonan akan dibuka sepanjang tahun. Bagaimanapun, bagi memastikan kelayakan untuk menerima bantuan Fasa 1, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan dan mengemaskini maklumat sebelum 28 November 2025.

Kemaskini STR 2026

Pemohon yang Perlu Mengemaskini Permohonan

  1. Individu yang pernah memohon STR tetapi belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal, boleh menambah maklumat ini ketika kemaskini.
  2. Pemohon yang tidak mengemaskini permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
  3. Penerima STR yang mengalami perubahan maklumat terkini, seperti:
    • Telah berkahwin
    • Bilangan anak bertambah
    • Perubahan pendapatan isi rumah
  4. Pemohon yang ingin menambah atau mengubah maklumat peribadi, termasuk:
    • Akaun bank
    • Alamat surat-menyurat
    • Nombor telefon pemohon dan pasangan
    • Maklumat waris
      Kemaskini ini digalakkan untuk memastikan pembayaran bantuan berjalan lancar.
  5. Mereka yang telah lulus permohonan STR tetapi mengalami perubahan status perkahwinan, seperti perceraian atau kematian pasangan, boleh mengemaskini maklumat selepas tarikh kemaskini dibuka.

Cara kemaskini:

  1. Log masuk ke akaun MySTR di portal rasmi
  2. Klik menu “Kemas Kini Permohonan”
  3. Kemas kini maklumat asas seperti nombor telefon, alamat, akaun bank, dan maklumat waris

Anda boleh rujuk pdf di bawah sebagai panduan untuk mengemaskini.

Maklumat Perlu Dikemaskini

  1. Nombor telefon rumah
  2. Nombor telefon bimbit
  3. Alamat surat-menyurat
  4. Alamat e-mel
  5. Nombor telefon pasangan
  6. Maklumat akaun bank pemohon / pasangan
  7. Maklumat waris

Kaedah Pembayaran STR 2026

Kredit ke Akaun Bank

  • Bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan.

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

  • Pembayaran secara tunai akan dibuat sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank, atau
    • Proses kredit ke akaun bank gagal.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan ini bantuantunai.hasil.gov.my.

Baca Juga