Table of Contents

Bantuan eWallet Madani 2025 merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Adakah anda layak menerima bantuan yang berjumlah sebanyak RM200 ini? Semak status MyKad anda sekarang untuk mengetahui kelayakan. Bantuan kewangan RM200 ini boleh digunakan segera dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.

Apa itu Bantuan eWallet Madani?

eWallet Madani ialah bantuan kewangan kerajaan dalam bentuk kredit bulanan yang dimasukkan terus ke MyKad penerima. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan asas di pasar raya dan kedai berdaftar di bawah MyKasih Foundation. Tujuan utama eWallet Madani adalah membantu rakyat mengurus perbelanjaan harian, khususnya bagi pembelian makanan, barangan dapur dan produk kebersihan diri.

Kadar Bantuan eWallet Madani Mengikut Kategori

Bantuan eWallet Madani diberikan berdasarkan kategori penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih. Kadar bantuan bulanan adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (eKasih): RM200
  • Warga Emas (eKasih): RM150
  • Bujang (eKasih): RM50
  • Isi Rumah (Bukan eKasih): RM100
  • Warga Emas (Bukan eKasih): RM50

Kredit bantuan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima pada minggu pertama setiap bulan. Perlu diingat, baki kredit yang tidak digunakan dalam tempoh sebulan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

Syarat Kelayakan eWallet Madani 2025

Bagi melayakkan diri menerima bantuan ini, beberapa kriteria perlu dipenuhi oleh pemohon, antaranya:

  • Pemohon mestilah penerima STR bagi Fasa 1, 2, atau 3 tahun 2025.
  • Tersenarai dalam sistem eKasih sebagai isi rumah miskin atau miskin tegar (bagi menikmati kadar bantuan yang lebih tinggi).
  • MyKad pemohon mestilah aktif dan tidak mempunyai sebarang masalah teknikal.
  • Pemohon tidak menerima bantuan lain yang bertindih, seperti eMadani atau program seumpamanya.

Cara Semak Kelayakan Bantuan eWallet Madani

Berikut merupakan cara untuk menyemak kelayakan anda :

  1. Layari laman rasmi MyKasih di www.mykasih.com.my.
  2. Pilih menu “Semak Status Program”.
  3. Masukkan nombor MyKad anda tanpa tanda sengkang (-).
  4. Isikan kod keselamatan yang dipaparkan di skrin.
  5. Tekan butang “Semak” untuk melihat status kelayakan anda.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan status STR melalui portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Boleh pakai dekat mana Bantuan eWallet Madani?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kedai apa sahaja yang boleh membuat pembelian menggunakan bantuan ini. Berikut merupakan senarai pasaraya dan kedai :

  • Pasaraya Besar: Mydin, Giant, Lotus’s, dan Econsave.
  • Pasar Mini & Kedai Komuniti: 99 Speedmart serta Kedai Koperasi.
  • Kedai Luar Bandar: Kedai runcit berdaftar di bawah program MyKasih.

Pastikan pasaraya atau kedai yang anda kunjungi menyokong sistem MyKasih sebelum membuat pembayaran. Jika ragu-ragu, anda boleh bertanya terus kepada juruwang atau staf di kaunter pembayaran.

Cara Tebus Kredit MyKad di Kaunter

Ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Kunjungi pasaraya atau kedai yang menyertai program MyKasih berdekatan anda.
  2. Pilih barangan keperluan asas yang dibenarkan di bawah program eWallet Madani.
  3. Pergi ke kaunter khas MyKasih untuk membuat pembayaran.
  4. Serahkan MyKad anda kepada juruwang untuk proses pengimbasan.
  5. Masukkan PIN 6-digit MyKad anda bagi tujuan pengesahan transaksi.
  6. Sahkan transaksi dan simpan resit pembelian untuk rujukan atau audit kelak.

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi myKasih dan STR :

Baca Juga