Table of Contents

Program Bantuan Asuhan Anakku Pintar bagi sesi 2025 kini dibuka kepada ibu bapa di Selangor yang memerlukan sokongan kewangan untuk menampung yuran taska anak berusia 4 tahun ke bawah. Subsidi sebanyak RM100 setiap bulan diberikan kepada pemohon yang layak dan dibayar terus kepada pihak TASKA/Nurseri yang berdaftar.

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai usaha membantu keluarga muda menguruskan kos penjagaan anak dengan lebih baik.

Anda mungkin berminat: Senarai Bantuan Kerajaan 2026

Apakah Bantuan Asuhan Anakku Pintar Sesi 2025?

Bantuan Asuhan Anakku Pintar ialah skim bantuan yuran penjagaan kanak-kanak yang diberikan kepada ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan. Melalui program ini, penerima akan menerima subsidi RM100 sebulan, khusus untuk pembayaran yuran TASKA atau Nurseri berdaftar di Selangor.

Pembayaran subsidi disalurkan terus kepada TASKA bagi memastikan yuran anak terurus tanpa kelewatan.

Program ini merupakan penjenamaan semula kepada skim sebelumnya iaitu SIKEMBAR.

Infografik Bantuan Asuhan Anakku Pintar
Infografik Program Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Syarat Kelayakan Yang Perlu Diketahui

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran yang tepat, berikut adalah syarat kelayakan utama program:

1. Status Pemohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Sama ada:
    • Dilahirkan dan menetap di Selangor, atau
    • Tidak lahir di Selangor tetapi telah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun (perlu pengesahan ketua kampung / pengerusi taman perumahan).

2. Kriteria Keluarga

  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  • Suami dan isteri mesti bekerja.
  • Anak berumur 4 tahun ke bawah.
  • Terhad kepada 2 orang anak sahaja.

3. Syarat TASKA

  • TASKA/Nurseri mestilah berdaftar dengan JKM.

4. Syarat Tambahan

  • Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar SPR.

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Asuhan Anakku Pintar Setiap Bulan

Semua permohonan mesti dihantar sebelum 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan penerima menerima subsidi bagi bulan berkenaan.

Contoh:
Untuk menerima subsidi bulan Disember 2025, permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 15 Disember 2025.

Permohonan yang dihantar selepas tarikh tersebut akan diproses untuk bulan berikutnya.

Cara Memohon Bantuan Asuhan Anakku Pintar Secara Online

Permohonan baharu boleh dibuat secara atas talian melalui sistem rasmi YAWAS. Pemohon perlu melengkapkan borang serta menyediakan dokumen sokongan dalam masa 14 hari selepas mendaftar.

Dokumen Wajib Dihantar

  • Borang pendaftaran online (dicetak daripada sistem)
  • Salinan MyKid / Sijil Lahir anak
  • Salinan MyKad ibu & bapa
  • Slip gaji ibu & bapa (atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri)
  • Dokumen tambahan (jika berkaitan): sijil kematian, sijil cerai, dokumen anak angkat
  • Untuk pemohon bukan kelahiran Selangor:
    • Pengesahan mastautin
    • Bil utiliti terkini / muka depan buku merah ibu
  • Salinan pengesahan pengundi SPR ibu & bapa

Cara Hantar Dokumen

Dokumen boleh dihantar melalui:

  • Email: asuhpintar@gmail.com
    atau
  • Alamat pejabat YAWAS:
    Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
    Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
    Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan
    No Tel 03-5481 8800

*Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Asuhan Anakku Pintar

1. Berapa jumlah bantuan yang diberikan?

Sebanyak RM100 sebulan untuk setiap anak yang layak.

2. Jika isteri tidak bekerja, bolehkah mohon?

Tidak, kerana syarat menetapkan suami dan isteri mesti bekerja.

3. Berapa jumlah anak yang boleh menerima subsidi?

Hanya dua orang anak sahaja.

4. Bilakah permohonan ditutup setiap bulan?

Tarikh tutup ialah 15 haribulan setiap bulan.

Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan Asuhan Anakku Pintar

Orang ramai yang memerlukan bantuan atau ingin membuat semakan boleh melayari:

Portal rasmi : AsuhPintar
Hotline: 03-5481 8800
Email: pertanyaan.yawas@gmail.com