
Table of Contents
- Apa Itu Bantuan Wang Ihsan?
- Cara Memohon Bantuan Wang Ihsan
- Syarat Kelayakan Bantuan Wang Ihsan
- Jumlah Bantuan Wang Ihsan
- Soalan Lazim Bantuan Wang Ihsan
- Maklumat Lanjut
Apa Itu Bantuan Wang Ihsan?
Bantuan Wang Ihsan ialah bantuan kewangan berbentuk sekali bayar (one-off) yang diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang disahkan terjejas akibat bencana banjir oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk:
- Memberi sokongan kewangan segera kepada mangsa banjir.
- Membantu mangsa membeli keperluan asas selepas kejadian.
- Meringankan beban perbelanjaan isi rumah yang terkesan.


Cara Memohon Bantuan Wang Ihsan
Terdapat beberapa cara untuk memohon. Rujuk panduan di bawah.
Permohonan Melalui Pejabat Daerah
- Permohonan dilakukan di Pejabat Daerah masing-masing.
- BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
Sekiranya Berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara
- KIR (warganegara Malaysia sahaja) perlu mendaftar nama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di PPS.
Sekiranya Tidak Berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara
Permohonan boleh dibuat melalui
- JPKK
- Ketua Komuniti / Ketua Kampung / Penghulu
- Pegawai Daerah
Proses Kelulusan Bantuan Wang Ihsan
- Semua permohonan mesti disahkan oleh Pegawai Daerah, selaku Pengerusi JPBD.
- Kelulusan akhir tertakluk kepada:
- JPBD (Daerah)
- JPBN (Negeri)
NOTA PENTING : Tiada permohonan BWI secara online. Semua urusan perlu dibuat secara fizikal melalui saluran yang ditetapkan.
Anda mungkin berminat : BINGKAS Selangor : Panduan Permohonan dan Kelayakan
Syarat Kelayakan Bantuan Wang Ihsan
Berikut merupakan syarat kelayakan bagi melayakkan seseorang penerima.
Kelayakan Asas
- Pemohon warganegara Malaysia.
- Memiliki MyKad yang sah.
- Hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia.
Pengesahan Kejadian Banjir
- Mangsa mesti benar-benar terjejas akibat banjir seperti yang disahkan oleh Pegawai Daerah.
- Kejadian banjir mestilah memenuhi definisi bencana di bawah Arahan MKN No. 20.
Kelayakan Rumah Terlibat
- Hanya 1 rumah sahaja layak menerima BWI, tanpa mengira jumlah keluarga atau isi rumah tinggal bersama.
- Kelulusan tertakluk kepada JPBD dan JPBN.
Jumlah Bantuan Wang Ihsan
- Amaun BWI: RM1,000
- Diberikan sekali sahaja bagi setiap rumah yang terlibat dalam kejadian banjir tersebut.
Soalan Lazim Bantuan Wang Ihsan
1. Jika rumah terjejas banjir beberapa kali dalam musim tengkujuh, boleh mohon banyak kali?
Kelayakan tertakluk kepada pengesahan JPBD dan kelulusan JPBN, mengikut kejadian banjir yang berlaku.
2. Layak mohon ke jika PPS tidak diwartakan?
Ya, anda tetap layak.
Tetapi anda perlu mendaftar dengan ketua masyarakat seperti:
- Penghulu
- Ketua kampung
- MPKK / JPKK
Kelulusan masih tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah (JPBD).
3. Ada permohonan BWI secara online?
Tiada permohonan online.
Permohonan hanya melalui pejabat daerah atau saluran ketua komuniti setempat.
4. Apa kriteria diklasifikasikan sebagai mangsa banjir?
Mangsa perlu memenuhi takrif bencana dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang maklumat lanjut, layari Portal Rasmi NADMA.

