
Table of Contents
- Apa Itu STR?
- Kategori Penerima STR
- Kadar Bayaran STR 2025
- Kaedah Pembayaran STR
- Siapa Perlu Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR
- Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR
- Soalan Lazim (FAQ) Tukar Akaun Bank STR
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibenarkan untuk menukar maklumat akaun bank bagi bayaran STR secara dalam talian melalui kaedah kemas kini bayaran yang telah disediakan. Artikel menunjukkan cara tukar akaun bank STR.
Walau bagaimanapun, penukaran akaun bank hanya boleh dilakukan sekiranya status bayaran STR bagi fasa sebelumnya adalah “Berjaya Kredit”. Ini bermaksud penerima yang sebelum ini menerima bayaran secara kredit ke akaun bank sahaja layak untuk membuat perubahan maklumat akaun bank.
Apa Itu STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang benar-benar layak serta memerlukan sokongan kewangan bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Melalui pelaksanaan penyasaran semula subsidi, kerajaan menambah baik kaedah penyaluran bantuan supaya pemberian tunai menerusi STR 2025 dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan tepat kepada kumpulan sasar.
Pendekatan ini memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus menerima bantuan sewajarnya dan mendapat perlindungan kewangan yang berterusan melalui bayaran STR.
Program STR juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah di bawah Kerajaan MADANI, yang dilaksanakan melalui kerjasama tiga kementerian utama, iaitu:
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Kementerian Ekonomi
Bagi tahun 2025, kerajaan menganggarkan seramai 4.7 juta warganegara daripada kategori bujang, warga emas tanpa pasangan dan isi rumah akan menerima manfaat STR.
Anda mungkin berminat: STR 2026 – Senarai Pemohon Yang Perlu Kemaskini Maklumat
Kategori Penerima STR
1. Isi Rumah
Seseorang layak dalam kategori Isi Rumah sekiranya:
- Berkahwin; atau
- Ibu atau bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak menepati syarat; dan
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
2. Warga Emas Tiada Pasangan
Kategori ini melibatkan individu yang:
- Bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda tanpa anak menepati syarat;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
3. Bujang
Kategori bujang meliputi individu yang:
- Bujang atau ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda tanpa anak menepati syarat;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- OKU berumur 19 tahun ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA atau IPTS sepenuh masa.
Kadar Bayaran STR 2025
Jumlah bayaran STR bagi tahun 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima.
Kaedah Pembayaran STR
i. Kredit ke Akaun Bank
Bayaran STR akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan sekiranya maklumat akaun adalah sah, tepat dan masih aktif.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran secara tunai di kaunter BSN akan dibuat sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank didaftarkan; atau
- Bayaran gagal dikreditkan ke akaun penerima.
Siapa Perlu Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR
Penerima STR disarankan untuk menukar maklumat akaun bank sekiranya akaun lama tidak lagi digunakan, telah ditutup, tidak aktif atau menghadapi masalah semasa proses pengkreditan bayaran sebelum ini.
Penukaran akaun bank penting bagi memastikan bayaran STR seterusnya dapat dikreditkan dengan lancar tanpa sebarang isu kegagalan kredit.
Selain itu, penerima yang bertukar bank, membuka akaun baharu atau memilih akaun yang lebih mudah diakses juga digalakkan untuk mengemas kini maklumat mereka melalui portal MySTR. Langkah ini dapat mengelakkan kelewatan bayaran dan memastikan semua fasa STR diterima tepat pada masanya.
Cara Tukar Akaun Bank Untuk Bayaran STR
Penerima boleh mengemas kini maklumat akaun bank melalui dua kaedah berikut:
- Secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR LHDNM; atau
- Mengemukakan Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan STR di Pejabat LHDNM, Pejabat Satelit (PS) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Langkah Tukar Akaun Bank STR Secara Online
- Layari portal rasmi STR.
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan berdaftar.
- Pilih menu “Kemas Kini Permohonan.”
- Sistem akan memaparkan maklumat permohonan sedia ada.
- Kemas kini maklumat pemohon termasuk memasukkan nombor akaun bank baharu.
- Kemas kini maklumat pasangan, anak dan waris sekiranya berkaitan.
- Pada bahagian pengesahan, masukkan kod Captcha dan klik “Sahkan Captcha.”
- Semak perakuan pemohon, pastikan semua maklumat adalah tepat dan tandakan kotak “Setuju.”
- Klik “Hantar” untuk melengkapkan proses kemas kini.
Soalan Lazim (FAQ) Tukar Akaun Bank STR
1. Bolehkah saya menambah akaun bank semasa tempoh kemas kini dibuka?
Ya. Anda boleh menambah maklumat akaun bank sendiri atau pasangan sekiranya tidak memasukkannya semasa pendaftaran STR 2025. Kemas kini juga dibenarkan jika bayaran fasa terkini tidak dibuat melalui kredit ke akaun bank.
2. Saya menerima bayaran STR dengan status Berjaya Kredit. Bolehkah saya menukar akaun bank?
Ya, penukaran akaun bank dibenarkan sekiranya status bayaran fasa sebelumnya adalah Berjaya Kredit. Namun, penukaran hanya boleh dibuat daripada akaun lama kepada akaun baharu.
Penukaran daripada bayaran bank kepada bayaran tunai (BSN) adalah tidak dibenarkan.
3. Bayaran STR sebelum ini dikreditkan ke akaun pasangan yang kini tidak aktif. Bolehkah saya kemas kini?
Ya, kemas kini akaun pasangan dibenarkan sekiranya status bayaran STR fasa sebelumnya adalah:
- Gagal Kredit, atau
- Tunai (BSN)
Sekiranya bayaran fasa sebelumnya berstatus Berjaya Kredit, penukaran akaun pasangan tidak dibenarkan.

