Table of Contents

Kemaskini STR 2026 dan permohonan baharu dibuka mulai 13 Oktober 2025 melalui laman web rasmi: www.bantuantunai.hasil.gov.my.

Bagi memastikan kelayakan menerima semua manfaat, pemohon digalakkan membuat permohonan serta kemaskini STR bagi tahun 2026. Berikut disediakan maklumat terperinci mengenai Bantuan Tunai Rakyat (Sumbangan Tunai Rahmah), termasuk proses permohonan baru, kemaskini maklumat STR, dan semakan status.

Gambar menunjukkan siapa yang perlu kemaskini STR 2026.

Keratan gambar di atas menunjukkan maklumat terkini berkenaan dengan STR 2026.

Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah STR 2026?

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu program kerajaan Malaysia yang bertujuan meringankan kos sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui STR, bantuan kewangan tunai diberikan kepada individu dan keluarga yang layak untuk membantu memenuhi keperluan harian mereka.

Dalam Belanjawan 2026, kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion, berbanding RM13 bilion pada 2025. Kenaikan peruntukan ini dicapai melalui penjimatan daripada penyasaran subsidi bahan api seperti diesel dan RON95, bagi memastikan bantuan disalurkan secara lebih meluas dan berkesan.

Antara perkara utama yang terkandung dalam Belanjawan 2026 berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah seperti berikut:

  • Seramai 9 juta penerima STR akan terus menikmati faedah bantuan ini, dengan tambahan SARA sehingga RM100 sebulan atau RM1,200 setahun.
  • Penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih akan menerima bantuan SARA lebih tinggi, sehingga RM200 sebulan.
  • Isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan dan mempunyai lima anak boleh menerima bantuan maksimum sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
  • STR fasa 4yang bernilai RM2 bilion akan dibayar lebih awal sempena perayaan Deepavali 2025, sebagai tanda pengiktirafan terhadap beban kos perayaan.

Siapa Yang Perlu Membuat Kemaskini STR atau Membuat Permohonan Baharu

Bagi pemohon yang tiada sebarang perubahan maklumat, persoalan timbul sama ada kemaskini diperlukan.

Pemohon STR digalakkan membuat kemaskini permohonan sekiranya:

  • Tidak mengemaskini permohonan selama tiga tahun berturut-turut.
  • Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti:
    • Sudah berkahwin atau bercerai
    • Bilangan anak bertambah
    • Perubahan pendapatan isi rumah
  • Ingin menambah atau mengubah maklumat berikut:
    • Akaun bank
    • Alamat surat-menyurat
    • Nombor telefon pemohon atau pasangan
    • Maklumat waris
  • Telah lulus permohonan STR tetapi mengalami perubahan status perkahwinan seperti cerai atau kematian pasangan.
  • Belum mendaftar akaun bank semasa permohonan awal dan ingin menambah maklumat ini semasa kemas kini.

Pemohon yang layak membuat permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah mereka yang:

  1. Tiada rekod dalam sistem STR; dan
  2. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah, atau
  3. Individu bujang, tiada pasangan, atau tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Cara Kemaskini STR 2026

Log Masuk Portal Rasmi STR

Kemas Kini Maklumat Permohonan

  • Klik menu “Kemas Kini Permohonan”.
  • Kemas kini maklumat asas seperti:
    • Nombor telefon rumah & bimbit
    • Alamat surat-menyurat & emel
    • Nombor telefon pasangan
    • Maklumat akaun bank pemohon atau pasangan
    • Maklumat waris
  • (Sila rujuk panduan PDF di bawah)

Pendaftaran Akaun MySTR (Jika Belum Ada)

  • Sekiranya belum mendaftar akaun MySTR, pendaftaran boleh dibuat terus di portal mengikut panduan yang disediakan.

PANDUAN KEMASKINI STR 2026 (PDF FILE)

Tempoh Kemaskini

Tempoh Kemaskini:
Bermula 13 Oktober 2025 dan dibuka sepanjang tahun 2026.

Kaedah Kemas Kini:
Pemohon boleh mengemas kini maklumat secara manual dengan menghantar borang kemaskini ke:

  • Pejabat LHDNM terdekat
  • Pejabat Satelit LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) berhampiran

Lupa Kata Laluan STR dan Cara Kemaskini

Log Masuk: Memerlukan No. MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Jika terlupa kata laluan:

  • Percubaan menjawab soalan keselamatan diberi 3 kali sahaja.
  • Gagal selepas 3 percubaan → ID MySTR disekat.
  • Boleh cuba semula selepas 24 jam.

Bantuan Lanjut: Hubungi pejabat LHDNM berhampiran atau Hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747.

Bayaran STR 2026 dan SARA 2026

Berikut merupakan maklumat terkini berkenaan dengan bayaran STR 2026 dan SARA 2026

Gambar menunjukkan bayaran STR bagi tahun 2026.

Baca Juga