
Table of Contents
- Apa Itu Program MyLesen B2
- Manfaat MyLesen B2 Untuk Anda
- Syarat Dan Kriteria Kelayakan MyLesen B2
- Cara Mohon MyLesen B2
- Kos Dan Subsidi MyLesen B2
- Proses Latihan Dan Ujian
- Lokasi Program MyLesen B2
- Soalan Lazim MyLesen B2
- Maklumat Lanjut
Program MyLesen B2 boleh didaftarkan secara percuma. Semak artikel lengkap.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), melalui inisiatif Ministry of Transport Malaysia (MOT), memperkenalkan MyLesen B2 untuk membantu golongan berpendapatan rendah (khususnya B40) serta belia mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 tanpa dikenakan kos.
MyLesen B2 bukan sekadar inisiatif bantuan,ia juga wujud bagi menggalakkan pemanduan sah, meningkatkan keselamatan jalan raya, dan membuka akses mobiliti serta peluang pekerjaan bagi peserta.
Apa Itu Program MyLesen B2
MyLesen B2 ialah program subsidi penuh untuk lesen motosikal. Ia meliputi yuran teori, latihan praktikal, dan kos ujian bagi membantu individu kurang berkemampuan mendapatkan lesen motosikal sah tanpa beban kewangan.
Program ini mensasarkan individu yang warganegara Malaysia, tergolong dalam B40 atau tanggungan, berumur sekurang kurangnya 16 tahun, dan belum memiliki sebarang lesen memandu.
Anda mungkin berminat: STR 2026 – Senarai Pemohon Yang Perlu Kemaskini Maklumat
Manfaat MyLesen B2 Untuk Anda
- Lesen sah tanpa perlu bayar sendiri. Lesen motosikal kelas B2 sehingga 250cc dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
- Mobiliti lebih mudah untuk ke tempat kerja, kerja sambilan atau urusan harian.
- Peluang pekerjaan lebih luas seperti penghantaran makanan, rider dan courier.
- Keselamatan jalan raya lebih baik melalui latihan dan ujian rasmi.
Syarat Dan Kriteria Kelayakan MyLesen B2
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang kurangnya 16 tahun
- Golongan B40 atau tanggungan B40
- Belum memiliki lesen memandu
- Bebas senarai hitam mana mana agensi
- Sihat dari segi fizikal dan mental
Beberapa negeri juga memberi keutamaan kepada pelajar sekolah, pelajar IPT dan belia tanpa pekerjaan.
Cara Mohon MyLesen B2
Permohonan Online
- Layari portal rasmi JPJ atau laman pengumuman MyLesen B2
- Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta
- Pilih pusat latihan memandu berdaftar
- Tunggu pengesahan daripada JPJ dan hadir kursus
Permohonan Melalui Institut Memandu atau Kaunter JPJ
- Hadir ke institut memandu atau pejabat JPJ
- Isi borang permohonan dan tandatangan surat aku janji
- Peserta akan dijadualkan untuk latihan dan ujian
Kos Dan Subsidi MyLesen B2
Semua kos ditanggung kerajaan termasuk yuran latihan, kelas teori, latihan praktikal dan ujian. Nilai setiap lesen sekitar RM350 ditanggung sepenuhnya.
Peserta mungkin perlu tanggung kos sendiri untuk pengangkutan, makanan, tempat tinggal atau pemeriksaan kesihatan jika perlu.
Proses Latihan Dan Ujian
- Kursus Teori KPP01
- Latihan Praktikal Litar KPP02
- Latihan Jalan Raya KPP03
- Ujian Praktikal Dan Teori JPJ
Lesen B2 yang diterima adalah sah dan sama seperti lesen biasa.
Lokasi Program MyLesen B2
Berikut adalah ketetapan masa, lokasi dan tarikh program:
Tempat: Zon G, Dataran Putrajaya
Tarikh: 5 hingga 7 Disember 2025
Masa: 9.00 pagi hingga 9.00 malam
Soalan Lazim MyLesen B2
- Adakah MyLesen B2 percuma
Ya. Kerajaan menanggung kos penuh bagi yuran latihan dan ujian. - Siapa yang layak
Warganegara Malaysia, 16 tahun ke atas, kategori B40, belum memiliki lesen, bebas senarai hitam. - Bagaimana cara mohon
Permohonan boleh dibuat online melalui portal rasmi atau hadir ke institut memandu atau JPJ. - Adakah lesen B2 di bawah MyLesen sama seperti lesen biasa
Ya. Lesen setaraf dan sah digunakan. - Adakah slot terhad
Ya. Kuota berdasarkan negeri. Siapa cepat dia dapat.
Maklumat Lanjut
Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.

