
Table of Contents
- Apa Itu MamaKerja 2025?
- Jumlah Bantuan MamaKerja 2025
- Sasaran Bantuan MamaKerja 2025
- Syarat Kelayakan
- Tarikh dan Cara Permohonan
- Senarai Bantuan Anak Bawah 6 Tahun
- Maklumat Lanjut
- Soalan Lazim MamaKerja
Apa Itu MamaKerja 2025?
MamaKerja 2025 ialah bantuan tunai khas yang Kerajaan Negeri Selangor berikan untuk membantu ibu bekerja yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah.
Dalam Belanjawan Selangor 2026, kerajaan memperuntukkan pemberian sebanyak RM100 sebulan bagi setiap anak selama tempoh setahun.
Insentif ini membantu meringankan kos penjagaan dan asuhan anak yang menjadi cabaran utama kepada ramai ibu bekerja, terutamanya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Bagi melaksanakan inisiatif ini, Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi tahun 2026.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2,166 kanak-kanak di seluruh Selangor, selaras dengan sasaran penerima yang telah ditetapkan kerajaan negeri.
Untuk membuat permohonan, ibu bekerja perlu mematuhi syarat kelayakan yang ditentukan, termasuk mempunyai anak berusia bawah enam tahun serta memenuhi had pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Insentif MamaKerja bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan, malah mengiktiraf peranan besar wanita dalam pembangunan ekonomi negeri dan membantu mereka kekal aktif dalam pasaran kerja sambil mengurus keluarga dengan lebih teratur.
Jumlah Bantuan MamaKerja 2025
Setiap pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,200 setahun.
Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM200 berbanding tahun sebelumnya, iaitu RM1,000 yang diberikan secara one-off.

Sasaran Bantuan MamaKerja 2025
Sasaran utama insentif MamaKerja ialah ibu bekerja di Selangor yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos penjagaan serta asuhan anak kecil. Program ini memberi keutamaan kepada golongan yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah dan memerlukan sokongan tambahan untuk kekal bekerja tanpa terbeban.
Setakat ini, inisiatif tersebut menyasarkan kira-kira 5,000 wanita bekerja yang layak. Langkah ini secara langsung membantu meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita di Selangor sambil memastikan kebajikan anak-anak mereka terjaga.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan ini:
- Wanita bekerja dan bermajikan.
- Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun).
- Berdaftar sebagai pengundi di Selangor.
- Berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
- Mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah.
- Bukan penerima bantuan ASUH, PINTAR, TUNAS, atau BINGKAS.
Tarikh dan Cara Permohonan
Tarikh rasmi serta cara permohonan Insentif MamaKerja 2026 masih belum diumumkan secara rasmi.
Kerajaan Negeri Selangor akan mengemas kini maklumat tarikh dan prosedur permohonan melalui saluran media rasmi sebaik diumumkan.
Permohonan dibuka terhad kepada 5,000 pemohon terawal yang memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetapkan.
Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan
Senarai Bantuan Anak Bawah 6 Tahun
Selain MamaKerja, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan dua lagi bantuan untuk anak berumur di bawah 6 tahun berdasarkan Belanjawan Selangor 2026.
- Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) memberi RM50 sebulan untuk yuran tadika kepada keluarga yang layak.
- Iltizam Anak Selangor (ANAS) menyediakan bantuan kewangan RM100 setahun selama lima tahun untuk anak-anak yang lahir bermula 2022.
Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga serta menyokong pendidikan dan kesejahteraan anak-anak di bawah 6 tahun.
Bantuan-bantuan ini disasarkan khas kepada keluarga berpendapatan rendah dan golongan B40 di Selangor.
Baca juga: Skim Perubatan MADANI – Kelayakan dan Jenis Rawatan
Maklumat Lanjut
- Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif MamaKerja dan Belanjawan Selangor 2026, anda boleh merujuk portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor.
- Selain itu, maklumat terkini juga boleh diperoleh melalui Facebook Media Selangor.
Soalan Lazim MamaKerja
Apa itu insentif MamaKerja?
Insentif MamaKerja ialah bantuan tunai RM100 sebulan selama setahun yang diberikan kepada wanita bekerja di Selangor untuk meringankan kos penjagaan anak berumur 6 tahun ke bawah.
Siapakah yang layak memohon?
Pemohon yang layak ialah wanita bekerja dan bermajikan, rakyat Selangor (lahir atau bermastautin lebih 10 tahun), berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah, mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 6 tahun ke bawah, serta mempunyai akaun LHDN atau KWSP. Pemohon juga tidak boleh menerima bantuan lain seperti ASUH, PINTAR, TUNAS, atau BINGKAS.
Bila permohonan dibuka?
Permohonan rasmi MamaKerja 2026 masih belum dibuka setakat November 2025. Tarikh permohonan akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui saluran rasmi.
Bagaimana cara permohonan MamaKerja?
Permohonan biasanya dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi Selangkah atau laman web mamakerja.selangkah.my. Maklumat permohonan 2026 akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dibuka.
Ibu yang tidak bekerja boleh mohon MamaKerja?
Ibu yang tidak bekerja tidak layak memohon Insentif MamaKerja 2026 kerana salah satu syarat utama ialah pemohon mesti wanita bekerja dan bermajikan.

