
Table of Contents
Maklumat di bawah berkongsi tentang i-Sayang KWSP termasuk syarat kelayakan i_sayang KWSP. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF) telah melancarkan kemudahan i-Sayang untuk meningkatkan kualiti hidup ahli KWSP dan rakyat secara amnya.
Pengerusi KWSP, Ahmad Badri Mohd Zahir, menjelaskan bahawa kemudahan ini membolehkan ahli membuat pemindahan sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.
i-Sayang juga bertindak sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang suami kepada isteri tercinta.
Bagi wanita yang bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, skim ini membantu memastikan masa depan kewangan mereka lebih terjamin melalui simpanan persaraan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai skim i-Sayang untuk rujukan semua.

Apa itu i-Sayang KWSP
i-Sayang ialah inisiatif Kerajaan yang membolehkan suami memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan terus ke akaun KWSP isteri.
Kelebihan i-Sayang KWSP:
- Suami memindahkan 2% caruman syer pekerja ke akaun KWSP isteri.
- Suami membuat permohonan secara sukarela, dan KWSP akan menguruskan pindahan secara automatik setiap bulan apabila caruman majikan dikreditkan ke akaun suami.
- Pindahan caruman hanya boleh dihentikan sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri.
- KWSP mengagihkan caruman i-Sayang dengan mengkreditkan 70% ke Akaun 1 isteri dan 30% ke Akaun 2.
Sejak pelancarannya pada Mac 2023, sebanyak 158,000 suami telah menyertai program i-Sayang KWSP, dengan jumlah caruman yang dipindahkan mencapai RM309.4 juta setakat Ogos 2025. Program ini membolehkan suami memperuntukkan 2% daripada caruman KWSP bulanan mereka ke akaun isteri untuk mengukuhkan simpanan persaraan wanita.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa pelbagai langkah sedang dijalankan bagi menggalakkan rakyat menambah simpanan KWSP, termasuk insentif padanan caruman, pengembangan skim sukarela, serta kempen kesedaran mengenai kepentingan simpanan hari tua.
Mulai 1 Januari 2025, insentif i-Saraan dinaikkan daripada 15% kepada 20%, dengan had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat. Setakat ini, lebih 1.12 juta ahli KWSP telah membuat caruman sukarela berjumlah RM14.13 bilion.
Selain itu, program i-Suri diteruskan pada 2025, dengan suami dan kerajaan memberikan insentif padanan 50% untuk suri rumah berumur bawah 55 tahun yang berdaftar dalam e-Kasih. Insentif ini tertakluk kepada had maksimum RM300 setahun dan RM3,000 sepanjang hayat.
Baca juga: MamaKerja 2025 – Bantuan Bulanan Untuk Wanita Bekerja

Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP
Semak Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP di bawah:
Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP sebagai Suami – Pemberi
- Mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara.
- Mempunyai keahlian KWSP.
- Berumur kurang daripada 75 tahun.
- Perkahwinan telah didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP sebagai Isteri – Penerima
- Mestilah warganegara Malaysia.
- Mempunyai keahlian KWSP.
- Berumur kurang daripada 75 tahun.
- Perkahwinan telah didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia.
Cara Permohonan
Suami (pemberi) boleh mendaftar i-Sayang secara sukarela melalui dua saluran:
- i-Akaun (Ahli); atau
- Pejabat KWSP berdekatan dengan mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.
Tiada dokumen sokongan lain diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Sayang, suami dan isteri boleh menghubungi saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: talian 03-89226000
- Cawangan KWSP berdekatan.
Soalan Lazim
1. Perlukah saya menyediakan dokumen sokongan untuk mendaftar i-Sayang?
Tidak perlu. Jika anda dan isteri memenuhi syarat kelayakan, anda boleh terus mendaftar.
2. Bolehkah suami memindahkan lebih daripada 2% caruman ke akaun isteri?
Tidak boleh. Pindahan caruman i-Sayang hanya dibenarkan sehingga 2% sahaja.
3. Bolehkah isteri memindahkan caruman ke akaun KWSP suami?
Tidak boleh. i-Sayang hanya membenarkan pemindahan daripada akaun KWSP suami ke akaun KWSP isteri.
4. Bolehkah saya membatalkan pendaftaran i-Sayang?
Pembatalan tidak dibenarkan tanpa sebab. Suami hanya boleh membatalkan pendaftaran jika berlaku penceraian atau kematian isteri.
Nota: Jika berlaku penceraian atau kematian isteri, suami mesti hadir segera ke kaunter KWSP untuk memohon pembatalan. Kelewatan akan menyebabkan caruman terus dipindahkan ke akaun isteri.
5. Bagaimanakah cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada caruman syer pekerja?
Amaun pindahan dikira menggunakan formula 2% daripada caruman syer pekerja.
Contoh:
- Upah suami: RM2,000.00
- Kadar caruman syer pekerja: 11%
- Jumlah caruman syer pekerja: RM2,000 × 11% = RM220.00
- Amaun pindahan 2%: RM220 × 2% = RM40.00
6. Bagaimanakah pengiraan pindahan jika suami membuat caruman lebih daripada kadar berkanun (Voluntary Excess)?
Amaun caruman syer pekerja 11% akan termasuk Voluntary Excess (VE). Oleh itu, pindahan ke akaun isteri juga akan mengambil kira caruman tambahan ini.
Contoh:
- Upah suami: RM2,000.00
- Kadar berkanun syer pekerja: 11%
- Kadar Caruman Tambahan (VE): 3%
- Jumlah syer pekerja: 11% + 3% = 14%
- Amaun caruman syer pekerja: RM2,000 × 14% = RM280.00
- Amaun pindahan 2%: RM280 × 2% = RM51.00

