
Table of Contents
- Apa itu Skim Perubatan MADANI?
- Kelayakan Skim Perubatan MADANI
- Jenis Rawatan Percuma
- Had Kos Rawatan Ditanggung
- Lokasi Klinik Skim Perubatan MADANI
- Cara Semak Baki
- Maklumat Lanjut
Skim Perubatan MADANI memberi peluang kepada golongan B40 (penerima STR) untuk mendapatkan rawatan percuma di klinik swasta terpilih yang berdaftar. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman rasmi Perubatan Madani.
Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Apa itu Skim Perubatan MADANI?
Ia diwujudkan untuk menyediakan rawatan primer akut secara percuma kepada golongan B40, khususnya penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Melalui skim ini, penerima layak boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit ringan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Ini bermakna, penerima yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan (IC) ketika hadir ke klinik, dan mereka boleh menerima rawatan percuma secara langsung melalui skim ini.


Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI
- Semak kelayakan anda melalui laman rasmi Protect Health, MySejahtera, atau aplikasi MySejahtera, di mana kelayakan diterima secara automatik.
- Pergi ke klinik GP berdaftar yang mempunyai pelekat SPM dan pastikan membawa MyKad.
- Terima rawatan ringan secara percuma, termasuk konsultasi, ubat, dan prosedur ringan.
- Makluman baki manfaat akan diterima melalui SMS, dan semakan juga boleh dilakukan di klinik atau melalui saluran rasmi ProtectHealth.

Kelayakan Skim Perubatan MADANI
Kelayakan bagi skim ini adalah automatik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), termasuk isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas), dan individu bujang berumur 21 hingga 59 tahun.
Penerima STR dan tanggungan yang berdaftar boleh mendapatkan rawatan asas percuma bagi penyakit ringan di klinik swasta berdaftar tanpa perlu mendaftar secara manual. Cukup membawa kad pengenalan semasa lawatan ke klinik, dan kelayakan akan disahkan di situ.
Had manfaat tahunan berbeza mengikut kategori: RM250 untuk isi rumah berkeluarga, RM125 untuk warga emas tanpa pasangan, dan RM75 untuk individu bujang.
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman rasmi ProtectHealth, aplikasi Skim Perubatan MADANI, atau MySejahtera. Tiada pendaftaran tambahan diperlukan, kelayakan sah semasa hadir ke klinik berdaftar.
Jenis Rawatan Percuma
Rawatan pesakit luar bagi kes-kes akut yang diliputi:
- Demam dan selsema
- Cirit-birit dan muntah
- Terseliuh
- Sakit kepala
- Trauma ringan seperti luka kecil dan lain-lain
Rawatan yang tidak termasuk dalam skim ini:
- Imunisasi rutin
- Saringan kesihatan
- Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
- Rawatan susulan ibu dan anak rutin
- Perancangan keluarga rutin
- Perkhidmatan rehabilitasi
- Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
- Permintaan suplemen
Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan
Had Kos Rawatan Ditanggung
Had kos rawatan yang ditanggung di bawah bantuan ini berbeza mengikut kategori penerima. Setiap penerima diberikan jumlah maksimum manfaat tahunan berdasarkan status mereka, bagi memastikan golongan B40 mendapat sokongan yang sesuai untuk rawatan kesihatan asas di klinik swasta berdaftar.
Kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan had kos rawatan tahunan di bawah Skim Perubatan MADANI 2025 adalah seperti berikut:
- Isi rumah berkeluarga: RM250
- Warga emas tanpa pasangan (60 tahun ke atas): RM125
- Individu bujang (21–59 tahun) atau bujang berstatus OKU (19–59 tahun): RM75
Setiap kali rawatan diberikan di klinik berdaftar, jumlah kos rawatan yang digunakan akan ditolak daripada had tahunan ini sehingga manfaat maksimum habis.

Lokasi Klinik Skim Perubatan MADANI
Penerima STR yang layak di seluruh Malaysia boleh mendapatkan rawatan akut di klinik swasta yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth). Klinik ini tersedia di sepuluh daerah terpilih:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Gombak, Selangor
- Hulu Langat, Selangor
- Petaling, Selangor
- Klang, Selangor
- Johor Bahru, Johor
- Kinta, Perak
- Timur Laut, Pulau Pinang
- Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching, Sarawak
Cara membuat carian lokasi klinik terpilih Skim Perubatan MADANI:
- Layari laman web rasmi ProtectHealth.
- Klik butang ‘Cari Klinik Skim Perubatan Madani’.
- Masukkan maklumat Negeri, Daerah, dan Bandar, kemudian tekan butang ‘Cari’.
- Senarai klinik panel Skim Perubatan MADANI yang berdaftar akan dipaparkan di skrin.



Pihak ProtectHealth masih membuka pendaftaran bagi klinik yang ingin menjadi panel dalam Skim Perubatan MADANI, dan bilangan panel dijangka akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
Sebagai pelaksana skim, ProtectHealth berperanan meningkatkan akses golongan berpendapatan rendah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan di klinik swasta melalui kerjasama awam-swasta (Public-Private Partnership, PPP), sekaligus membantu meringankan beban kewangan mereka melalui skim ini.
Cara Semak Baki
Terdapat beberapa cara mudah untuk menyemak baki Skim Perubatan MADANI 2025:
- Semasa lawatan ke klinik berdaftar: Staf klinik boleh menyemak dan memaklumkan baki manfaat anda secara segera ketika mendapatkan rawatan.
- Melalui aplikasi Skim Perubatan MADANI: Muat turun aplikasi rasmi (tersedia di Google Play Store dan Apple App Store) untuk menyemak baki dan kelayakan secara dalam talian.
- Hubungi ProtectHealth: Telefon +603-8687 2525 untuk pertanyaan berkaitan baki manfaat dan maklumat lain mengenai skim ini.
- Mesej selepas rawatan: Selepas lawatan ke klinik, biasanya anda akan menerima SMS atau mesej pengesahan yang memaparkan baki manfaat yang masih ada.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang maklumat lanjut, dapatkan di sini
Baca juga : Bantuan Am Persekutuan JKM : Kelayakan dan Permohonan

