Table of Contents

Apa itu Bantuan Anak Yatim Sabah

Bantuan Anak Yatim Sabah ialah bantuan kebajikan untuk membantu anak-anak yatim, yatim piatu atau kanak-kanak tanpa penjaga utama agar mereka mendapat keperluan asas dan terus hidup dalam keadaan lebih selamat serta terjamin.

Bantuan ini juga diberikan bagi meringankan tanggungan keluarga atau penjaga yang memelihara kanak-kanak tersebut. Tujuannya adalah memastikan mereka dibesarkan dalam persekitaran yang stabil dan penuh perhatian walaupun kehilangan ibu bapa.

Objektif Bantuan Anak Yatim Sabah

Bantuan ini diberikan untuk membantu kanak-kanak, anak yatim piatu, anak yatim, serta anak-anak daripada keluarga miskin dan berkeperluan agar mereka menerima penjagaan serta perlindungan yang sewajarnya. Tujuannya adalah memastikan kesejahteraan, pembelajaran, dan kehidupan harian mereka dalam masyarakat tidak terjejas walaupun berada dalam situasi serba kekurangan.

Anda mungkin berminat: Skim Bantuan Am Sabah (SBAM) – Kelayakan dan Permohonan

Agensi Pelaksana

Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan bantuan ini adalah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) ialah agensi kerajaan negeri yang menguruskan bantuan kebajikan dan perlindungan sosial untuk rakyat Sabah, khususnya golongan memerlukan seperti kanak-kanak, warga emas, OKU dan keluarga berpendapatan rendah.

Jabatan ini menyediakan pelbagai skim bantuan, program pemulihan, dan sokongan komuniti bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan masyarakat terjaga di seluruh Sabah.

Jumlah Bantuan Anak Yatim Sabah

Bantuan ini diberikan dengan kadar asas minimum RM200 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Jika terdapat lebih daripada seorang tanggungan, keluarga akan menerima tambahan RM100 bagi tanggungan pertama, dan tambahan RM50 untuk setiap tanggungan seterusnya.

Walau bagaimanapun, jumlah keseluruhan bantuan adalah terhad kepada maksimum RM500 sebulan bagi satu keluarga. Bantuan ini bertujuan meringankan kos penjagaan dan memastikan kebajikan kanak-kanak terjaga.

Syarat Kelayakan Bantuan Anak Yatim Sabah

  • Warganegara Malaysia yang bermastautin tetap di Sabah.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Ibu, bapa atau penjaga kepada anak yatim/yatim piatu/kanak-kanak daripada keluarga miskin dan berkeperluan; ATAU
  • Anak yatim, yatim piatu atau kanak-kanak daripada keluarga miskin dan berkeperluan.

Cara Permohonan Bantuan Anak Yatim Sabah

Untuk membuat permohon bagi bantuan ini, anda boleh merujuk kepada laman rasmi Ihsan Madani di sini.

  • Selepas masuk ke laman rasmi Ihsan Madani melalui pautan di atas, klik Mohon di sini.
  • Selepas itu anda perlu log in atau daftar terlebih dahulu jika anda belum pernah melakukan pedaftaran sebelum ini.
  • Klik butang Log In
  • Masukkan No kad pengenalan dan kata laluan yang anda buat semasa pendaftaran
  • Permohonan dimulakan. Sila ikuti arahan yang disediakan.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan lanjut mengenai skim bantuan ini, anda boleh layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.