
Table of Contents
- Apa Itu Skim Bantuan Am Sabah?
- Objektif Utama Skim Bantuan Am Sabah
- Jumlah Bantuan
- Syarat Kelayakan Skim Bantuan Am Sabah
- Cara Permohonan Skim Bantuan Am Sabah
- Maklumat Lanjut
Apa Itu Skim Bantuan Am Sabah?
Skim Bantuan Am (SBAM) Sabah merupakan bantuan kebajikan di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) yang disediakan untuk individu atau keluarga yang sedang menghadapi kesukaran hidup. Tujuan skim ini adalah untuk memberi bantuan kewangan sementara, sokongan moral, serta bentuk bantuan lain yang sesuai mengikut prinsip kerja kebajikan bagi membantu penerima meneruskan kehidupan dengan lebih stabil.
Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan
Objektif Utama Skim Bantuan Am Sabah
- SBAM Sabah memberi bantuan kewangan sementara kepada individu atau keluarga yang mengalami kesukaran hidup akibat penyakit, kurang upaya, kematian, atau faktor luaran yang tidak terkawal.
- Program ini juga menyediakan sokongan moral, berdasarkan prinsip kerja sosial, untuk membantu penerima berdikari dan berusaha meningkatkan kualiti hidup serta mengekalkan kesejahteraan keluarga dalam masyarakat.
Anda mungkin berminat : SYUKUR 2025 – Jadual Bayaran dan Semakan Status
Jumlah Bantuan
Berikut merupakan jumlah bantuan yang diagihkan:
Penerima kategori normal akan menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan, manakala penerima OKU layak mendapat RM215 sebulan.
Setiap tanggungan tambahan melayakkan penerima menerima kadar tambahan iaitu RM30 bagi tanggungan normal dan RM40 bagi tanggungan OKU.
Jumlah bantuan maksimum yang boleh diterima oleh penerima normal atau OKU ialah RM350 sebulan.
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Am Sabah
Berikut merupakan syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Sabah.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Individu atau keluarga tidak berupaya berdikari serta hidup dalam keadaan daif atau miskin; ATAU
- Pesakit yang disahkan menghidap penyakit kronik, memerlukan rawatan berkala dan tidak mampu bekerja; ATAU
- Pesakit mental yang disahkan oleh Pegawai Perubatan atau Pakar Psikiatri, serta tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar dengan JKM dan tidak mempunyai pekerjaan atau pendapatan tetap; ATAU
- Penjaga yang menjaga kanak-kanak di bawah 18 tahun atau individu 18 tahun ke atas—sama ada ada hubungan kekeluargaan atau tidak—daripada keluarga miskin yang tidak mampu berdikari dan mengalami masalah mental, penyakit kronik, OKU atau terlantar; ATAU
- Balu, janda atau duda bertanggungan yang mempunyai anak berumur di bawah 18 tahun atau sehingga Tingkatan 6; ATAU
- Tanggungan banduan yang bertanggungjawab menjaga anak-anak berumur di bawah 18 tahun atau sehingga Tingkatan 6.
Cara Permohonan Skim Bantuan Am Sabah
Permohonan bantuan kewangan diproses di Pejabat Kebajikan Bahagian, Daerah atau Daerah Kecil di Sabah.
Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan dan penilaian (means-tested) bagi menentukan sama ada pemohon benar-benar layak menerima bantuan.
- Anda perlu masuk ke Sistem Pengurusan Permohonan Bantuan Kebajikan Sabah terlebih dahulu.
- Selepas itu anda perlu log in atau daftar terlebih dahulu jika anda belum pernah melakukan pedaftaran sebelum ini.
- Klik butang Log In
- Masukkan No kad pengenalan dan kata laluan yang anda buat semasa pendaftaran
- Permohonan dimulakan. Sila ikuti arahan yang disediakan.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh rujuk :
- Laman rasmi JPKAS
- Telefon – 088-255133 / 088-255134
- Email : jpka@sabah.gov.my

