Table of Contents

Infografik Bantuan Bil Elektrik
Bantuan Bil Elektrik RM40

Bantuan bil elektrik sebanyak RM40 terus menjadi inisiatif utama kerajaan bagi meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Bagi memastikan kesejahteraan rakyat berterusan, kerajaan meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40, yang memberikan manfaat secara langsung kepada Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di seluruh negara.

Apa itu Bantuan Bil Elektrik RM40?

Program ini menawarkan bantuan bil elektrik RM40 sebulan bagi menampung sebahagian atau keseluruhan kos elektrik isi rumah.

Ia diumumkan oleh kerajaan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, sebagai pengganti Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang tamat pada Disember 2018. Pada tahun 2025, program ini diteruskan bagi golongan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Sasaran utama bantuan ialah Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin tegar dan didaftarkan di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri.

Melalui program ini, kebanyakan KIR yang layak dapat mengurangkan kebimbangan terhadap kos elektrik bulanan, sekali gus memberi ruang untuk menumpukan kepada keperluan asas lain seperti makanan, pendidikan anak-anak, dan kesihatan keluarga.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk bantuan bil elektrik RM40 :

  • Berstatus miskin tegar
  • Berdaftar dalam sistem e-Kasih

Kelayakan eKasih untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 (2025)

Ketua Isi Rumah (KIR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar seperti disenaraikan dalam Sistem eKasih dan semakan di rebat.petra.gov.my layak menerima Program Rebat Bil Elektrik RM40 pada tahun 2025.

Pendapatan untuk kategori miskin tegar ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah, yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Purata pendapatan bulanan nasional bagi Miskin Tegar ialah RM1,198.

Bagi individu yang ingin mendaftar dalam sistem eKasih, mereka perlu merujuk atau menghubungi:

  • Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN / JPP)
  • Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri
  • Unit Pembangunan Daerah

Data eKasih dikumpulkan melalui kajian selidik dan pendaftaran dibuat oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.

Kriteria Rebat Bil Elektrik RM40 (2025)

  1. Jumlah Rebat:
    Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak akan menerima rebat maksimum RM40 setiap bulan sehingga 31 Disember 2025.
  2. Kiraan Rebat:
    • Sekiranya bil elektrik kurang daripada RM40, baki tidak dibawa ke bulan berikutnya.
    • Sekiranya bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.
  3. Akaun Layak:
    Setiap KIR hanya layak menerima rebat untuk satu akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A.
  4. Jenis Caj Termasuk:
    Rebat RM40 merangkumi semua caj bil elektrik, termasuk penalti lewat bayar.
  5. Kaedah Penerimaan:
    • Bagi KIR yang mempunyai akaun TNB (Tarif Domestik, A), rebat akan dikreditkan secara automatik setiap bulan.
    • Bagi KIR tanpa akaun berdaftar TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang di semakanrebat.petra.gov.my.
  6. Pengemaskinian Akaun:
    Penerima yang layak boleh mengemas kini nombor akaun elektrik untuk menerima rebat dengan menghubungi TNB Careline atau Kedai Tenaga terdekat.
Infografik Kelayakan Bantuan Bil Elektrik
Kelayakan Bantuan Bil Elektrik

Cara Semak Kelayakan

Anda boleh menyemak kelayakan melalui dua kaedah :

  • Secara Dalam Talian:
    Layari laman rasmi semakan.
  • Secara Fizikal:
    Hadir ke Kedai Tenaga / pejabat utiliti elektrik berhampiran untuk membuat semakan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40, anda boleh menghubungi atau merujuk saluran berikut:

  1. Hotline MyGCC: 03-8000 8000
  2. TNB Careline: 1-300-88-5454 atau emel ke tnbcareline@tnb.com.my
  3. Kedai Tenaga TNB: Kunjungi cawangan terdekat untuk mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut mengenai program ini.

Penutup

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ialah salah satu inisiatif penting kerajaan bagi menyokong golongan yang paling terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Bantuan ini diharap dapat membantu meningkatkan kesejahteraan hidup penerima yang layak. Jika anda atau ahli keluarga berada dalam kategori berpendapatan rendah, pastikan anda membuat semakan kelayakan secepat mungkin supaya manfaat ini tidak terlepas.

Semoga inisiatif ini terus memberi kelegaan dan menjadi penyinar harapan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Soalan Lazim Bantuan Bil Elektrik RM40

Apa itu Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Program ini merupakan bantuan kerajaan secara bersasar yang membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar yang disahkan dalam Sistem eKasih. Bermula Januari 2024, kelayakan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 dengan pendapatan purata miskin tegar RM1,198. Penerima layak menikmati bil elektrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.

Siapakah yang layak menerima rebat bil elektrik RM40?
KIR kategori miskin tegar yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem eKasih. Penentuan pendapatan adalah berdasarkan PGK yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi. Hanya penerima yang berstatus miskin tegar layak menerima rebat.

Apakah syarat-syarat Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Penerima mesti merupakan KIR miskin tegar dalam Sistem eKasih. Rebat RM40 diberikan sehingga 31 Disember tahun semasa. Setiap KIR hanya layak untuk satu akaun elektrik domestik di bawah tarif A. Jika bil kurang RM40, baki tidak dibawa ke bulan seterusnya, manakala bil lebih RM40 perlu dibayar oleh pengguna.

Mengapakah kerajaan memperkenalkan program ini?
Tujuan utama adalah membantu meringankan beban kewangan golongan miskin tegar melalui sokongan bil elektrik bulanan agar mereka dapat menumpukan perbelanjaan kepada keperluan asas lain.

Bagaimana untuk menyemak kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40?
Semakan hanya boleh dibuat melalui Portal Semakan Rebat Bil Elektrik di laman rasmi PETRA.

Bolehkah semakan dibuat melalui sistem eKasih?
Tidak boleh. eKasih hanyalah pangkalan data kemiskinan dan bukan portal semakan bantuan. Semakan mesti melalui portal rasmi PETRA sahaja.

Baca Juga