
Table of Contents
- Apa Itu Bantuan Am Persekutuan JKM?
- Kadar Bantuan Bantuan Am Persekutuan
- Syarat Kelayakan
- Cara Membuat Permohonan
- Soalan Lazim
- Maklumat Lanjut
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Am (BA) Persekutuan bagi membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera dalam komuniti.

Apa Itu Bantuan Am Persekutuan JKM?
Bantuan ini ialah salah satu inisiatif JKM yang disalurkan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan bagi memastikan mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih stabil dan sejahtera dalam komuniti. Ia memberi tumpuan kepada golongan yang benar-benar memerlukan sokongan segera, termasuk mereka yang tiada pendapatan tetap atau menghadapi kesukaran memenuhi keperluan asas harian.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan bahawa Bantuan Am ini akan diteruskan untuk semua penerima yang memenuhi syarat kelayakan. Langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat serta memastikan tiada golongan terpinggir daripada mendapat bantuan sewajarnya.
Selain membantu meringankan beban kewangan, bantuan ini juga berperanan sebagai sokongan jangka pendek kepada mereka yang berada dalam situasi mendesak, sementara mereka berusaha mencari kestabilan ekonomi melalui pekerjaan atau bantuan sosial lain yang berkaitan.
Kadar Bantuan Bantuan Am Persekutuan
Kadar bantuan yang diberikan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:
- Minimum RM150 sebulan untuk seorang individu.
- Maksimum RM500 sebulan untuk sebuah keluarga.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Am adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan tinggal di Wilayah Persekutuan.
- Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi kategori Miskin Tegar, sama ada berdasarkan purata isi rumah atau purata per kapita semasa.
- Pemohon termasuk dalam golongan memerlukan atau keluarga miskin yang tidak menerima mana-mana skim bantuan bulanan JKM yang lain.
- Keadaan pemohon akan dinilai berdasarkan faktor tambahan seperti situasi ekonomi, kesihatan, bilangan tanggungan, dan keperluan semasa yang munasabah.

Cara Membuat Permohonan
Berikut merupakan cara-cara untuk memohon:
- Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau menggunakan Borang Permohonan JKM 18.
- Permohonan secara manual juga boleh diuruskan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan akan melalui proses siasatan dan penilaian (means-tested) bagi menentukan kelayakan pemohon berdasarkan prinsip bantuan berasaskan kelayakan.
- Borang permohonan manual yang lengkap boleh dihantar ke JKM Negeri atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah mengikut tempat tinggal pemohon.
Berikut pula dokumen yang diperlukan,
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan daripada majikan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
- Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air, elektrik, telefon dan lain-lain (untuk pengesahan alamat).
- Salinan penyata atau slip pengesahan akaun bank terkini.
Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan
Soalan Lazim
Apakah tujuan utama bantuan ini diberikan?
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.
Jika saya bermastautin di Perak, adakah saya boleh memohon bantuan ini?
Tidak. Hanya individu atau keluarga yang bermastautin di Wilayah Persekutuan sahaja layak memohon.
Berapakah jumlah bantuan yang diberikan menerusi bantuan ini?
Mereka yang layak akan menerima bantuan minimum RM150 sebulan bagi seorang individu dan maksimum RM500 sebulan untuk sebuah keluarga.
Dimanakah borang permohonan bagi bantuan ini boleh dihantar?
Borang permohonan boleh dihantar ke JKM Negeri atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah mengikut tempat tinggal pemohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Am (BA) Persekutuan, sila layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Baca Juga : Bantuan Bil Elektrik RM40 – Semak Kelayakan

