Table of Contents

Pengeluaran KWSP Akaun 3 memerlukan permohonan. Pengeluaran KWSP ialah proses ahli mengeluarkan wang simpanan mereka daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 3 pada bila-bila masa, asalkan baki minimum RM50 masih kekal dalam akaun tersebut.

Namun, untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 dan Akaun 2, ahli perlu memenuhi syarat-syarat khas yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Permohonan pengeluaran boleh dilakukan secara online melalui i-Akaun KWSP.

Untuk makluman, KWSP menyediakan lebih daripada 15 jenis pengeluaran sebahagian sebelum ahli mencapai umur 55 tahun. Setiap kategori pengeluaran mempunyai syarat tersendiri, dan kemudahan ini ditawarkan bagi membantu ahli membuat persediaan persaraan dengan lebih baik serta selari dengan dasar KWSP.

Apa itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah institusi yang menguruskan simpanan persaraan pekerja di Malaysia. Melalui sistem caruman wajib oleh pekerja dan majikan, KWSP mengumpulkan simpanan secara berkala ke dalam akaun individu setiap ahli.

Tujuan utama KWSP adalah memastikan ahli mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Pada masa sama, KWSP turut membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan untuk keperluan penting seperti pendidikan, pembelian rumah dan rawatan kesihatan.

KWSP juga memperkenalkan pelbagai panduan dan rangka kerja, termasuk Panduan Belanjawanku 2024/2025 serta Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA), yang membantu rakyat merancang perbelanjaan bulanan dan mengurus simpanan persaraan secara lebih sistematik.

Dengan struktur akaun yang teratur dan polisi yang disesuaikan mengikut fasa kehidupan ahli, KWSP menyediakan platform simpanan masa depan yang diyakini.

Secara ringkas, KWSP merupakan instrumen simpanan yang penting bagi rakyat Malaysia untuk mencapai kestabilan dan kesejahteraan kewangan pada usia persaraan.

Penstrukturan Semula Akaun KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP dilaksanakan bagi memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. Langkah ini juga memberi lebih fleksibiliti kepada ahli dalam mengurus simpanan untuk persaraan, keperluan jangka pendek, kecemasan dan pendidikan.

Melalui penstrukturan baharu ini, KWSP menukar sistem dua akaun kepada tiga akaun, seperti berikut:

  • Akaun Persaraan (Akaun 1 – 75%)
  • Akaun Sejahtera (Akaun 2 – 15%)
  • Akaun Fleksibel (Akaun 3 – 10%)

Semua caruman baharu selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan mengikut nisbah 75:15:10 ke dalam tiga akaun tersebut.

Akaun sedia ada juga dinamakan semula:

  • Akaun 1 menjadi Akaun Persaraan,
  • Akaun 2 menjadi Akaun Sejahtera,
    tanpa perubahan pada tujuan asal kedua-dua akaun.

Akaun Fleksibel pula merupakan akaun baharu, dan ahli boleh mengakses simpanan di dalamnya pada bila-bila masa mengikut keperluan, tertakluk kepada terma serta syarat KWSP.

Pembahagian Simpanan KWSP 2025

Akaun Persaraan (75%)

  • Pengeluaran hanya dibenarkan apabila ahli mencapai usia 55 tahun, kecuali dalam keadaan khas yang diumumkan kerajaan dan tertakluk kepada kelulusan KWSP.

Untuk Akaun Sejahtera (15%)

  • Pengeluaran dibenarkan bagi tujuan penting seperti pendidikan, pembelian rumah dan rawatan perubatan, mengikut syarat yang ditetapkan KWSP.

Akaun Fleksibel (10%)

  • Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa asalkan baki akaun mencukupi (minimum RM50) dan tidak tertakluk kepada syarat ketat.

Selepas penstrukturan semula dilaksanakan, baki sedia ada di Akaun 1 dan Akaun 2 akan terus dikekalkan dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Manakala Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki RM0.

Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan

Pengeluaran KWSP Akaun 1 dan Akaun 2

Pengeluaran Simpanan KWSP Selepas Umur 55 Tahun

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan daripada Akaun 1 dan Akaun 2 apabila mencapai usia 55 tahun. Pada masa itu, semua caruman dalam kedua-dua akaun akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Bagi ahli yang memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman baharu selepas umur 55 tahun akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas, yang merupakan akaun khas. Pengeluaran dari Akaun Emas hanya dibenarkan apabila ahli mencapai usia 60 tahun.

Kelayakan Pengeluaran Akaun 55 dan Akaun Emas

  • Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara
  • Berumur antara 55 hingga 59 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

Kategori Pengeluaran

  1. Pengeluaran penuh – keluarkan semua simpanan dalam Akaun 55.
  2. Pengeluaran sebahagian – keluarkan sebahagian simpanan mengikut keperluan.
  3. Pengeluaran bayaran bulanan – menerima bayaran berkala setiap bulan.
  4. Kombinasi pengeluaran sebahagian & bayaran bulanan – gabungan kedua-dua kaedah.
  5. Bayaran dividen tahunan secara automatik – menerima dividen tahunan yang dikreditkan terus.
  6. Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik – caruman dihantar terus ke institusi perbankan atau pelaburan yang ditetapkan.

Pengeluaran KWSP Akaun 3

  • Ahli boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa, selagi baki minimum RM50 masih kekal dalam akaun.
  • Pengeluaran boleh dilakukan melalui:
    • Portal i-Akaun KWSP secara dalam talian
    • Kaunter atau cawangan KWSP yang berdekatan
  • Setelah permohonan diluluskan, bayaran biasanya akan dikreditkan ke akaun bank ahli dalam tempoh 7 hari bekerja.

Syarat-syarat Pengeluaran Akaun 3:

  1. Terbuka kepada semua ahli KWSP, termasuk warganegara dan bukan warganegara Malaysia.
  2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun.
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  4. Amaun pengeluaran minimum ialah RM50

Baca juga: Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP

Cara Mohon Pengeluaran KWSP Akaun 3

Ahli KWSP boleh memohon pengeluaran sama ada secara manual atau online melalui i-Akaun KWSP.

1. Permohonan Manual:

  • Isi borang pengeluaran dan hantar di kaunter KWSP atau kios KWSP.

2. Permohonan Online melalui i-Akaun KWSP:

  1. Log masuk ke KWSP i-Akaun. Anda boleh muat turun aplikasinya atau ke portal rasmi.
  2. Pilih menu ‘Pengeluaran’ dan seterusnya klik ‘Keluarkan Simpanan Anda’.
  3. Pilih ‘Akaun Fleksibel’.
  4. Klik ‘Keluarkan Sekarang’.
  5. Masukkan jumlah pengeluaran dan pilih ‘Teruskan’.
  6. Pilih atau kemas kini akaun bank untuk menerima bayaran.
  7. Klik ‘Teruskan’.
  8. Pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli.
  9. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui telefon.
  10. Permohonan pengeluaran anda berjaya dihantar.
Infografik Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3
Cara Pengeluaran KWSP Akaun 3

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai proses pengeluaran dan dokumen yang diperlukan, ahli boleh merujuk laman web rasmi KWSP:

Saluran KWSP yang lain:

  • Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  • Hotline: 03-8922 6000