Apa itu Bantuan Warga Emas Sabah?

Bantuan Warga Emas Sabah merupakan skim bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Sabah khusus untuk warga emas yang memenuhi syarat kelayakan. Skim ini bertujuan untuk memastikan kebajikan, kesejahteraan dan kualiti hidup warga emas terus terpelihara, terutamanya mereka yang tidak lagi bekerja atau mempunyai sumber pendapatan tetap.

Melalui BWE, warga emas berpeluang menerima sokongan kewangan bulanan yang dapat membantu menampung keperluan harian, termasuk perbelanjaan makanan, perubatan dan keperluan asas lain. Bantuan ini juga selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menghargai warga emas dan memberikan mereka kehidupan yang lebih stabil, selesa dan bermaruah dalam masyarakat.

Skim ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri Sabah dalam menyokong golongan warga emas, memastikan mereka tidak terabai dan terus menikmati kehidupan yang sejahtera serta berkualiti pada usia senja.

Anda mungkin berminat: Skim Bantuan Am Sabah (SBAM) RM200 – RM350 sebulan

Objektif Bantuan Warga Emas Sabah

Bantuan ini disalurkan kepada warga emas bagi menjamin kelangsungan hidup dan mengekalkan kesejahteraan mereka dalam komuniti, sekaligus membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih stabil dan bermaruah.

Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas Sabah

Berikut merupakan syarat kelayakan yang harus dipernuhi untuk layak mendapatkan bantuan ini.

  • Pemohon mesti warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Bagi warga emas sebatang kara tanpa anak, permohonan masih boleh dipertimbangkan jika tinggal bersama atau menumpang ahli keluarga/penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah/Per Kapita Miskin Tegar Semasa.
  • Warga emas tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang menerima Geran Rangsum, dan memberi kemudahan atau perkhidmatan secara percuma kepada pihak lain.

Jumlah Bantuan

Bantuan Warga Emas Sabah diberikan sebanyak RM600 sebulan bagi setiap penerima. Jumlah ini disalurkan secara tetap setiap bulan bagi membantu warga emas menampung keperluan harian, perbelanjaan asas, dan kos hidup mereka, seterusnya memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas Sabah

Berikut merupakan cara memohon bantuan ini.

Permohonan Atas Talian

  • Anda perlu menuju ke laman sesawang permohonan di sini.
  • Tekan butang Mohon di sini.
  • Log masuk ke akaun anda; jika belum mendaftar, sila buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Klik butang Log In.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  • Setelah berjaya log masuk, permohonan boleh dimulakan. Ikuti semua arahan yang disediakan dalam sistem untuk melengkapkan permohonan.

Borang Yang Berkaitan

Berikut adalah borang yang berkaitan yang anda perlu isi.

  • JKM 18 – Borang untuk permohonan bantuan baru.
  • JKM 20 – Borang untuk kaji semula bantuan sedia ada.

Borang-borang ini digunakan oleh pemohon atau penerima untuk memohon bantuan atau mengemaskini maklumat bagi tujuan penilaian semula kelayakan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk saluran rasmi berikut: