Table of Contents

Infografik berkenaan dengan info bantuan
Info SYUKUR 2025

SYUKUR 2025 menetapkan tarikh bayaran bagi Fasa 3 pada akhir September 2025 manakala Fasa 4 akan mula dibayar pada Oktober sehingga Disember secara berperingkat. Semakan status bayaran boleh dibuat secara online melalui portal rasmi. Anda juga boleh merujuk jadual bayaran di bawah untuk mengetahui anggaran bulan pembayaran sepanjang tahun.

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah diteruskan bagi membantu mengurangkan beban rakyat Sabah. Untuk rujukan anda, berikut disertakan jadual tarikh bayaran bagi Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Apa itu SYUKUR 2025?

Syukur 2025 ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat Sabah dalam kategori miskin dan miskin tegar.

Melalui program ini, penerima yang layak akan menerima bantuan RM900 setiap tiga bulan (4 fasa) sehingga 31 Disember 2025. Ini bermaksud sekurang-kurangnya RM300 sebulan akan disalurkan kepada setiap penerima.

Kaedah pembayaran bantuan ini boleh dipilih sendiri oleh penerima, sama ada melalui akaun bank, secara tunai, atau melalui e-Wallet. Bagi penerima yang memilih e-Wallet, bayaran akan diterima terus melalui aplikasi YONO Superapp.

Ikuti Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan : Channel Info Bantuan Kerajaan

Objektif Pelaksanaan

Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah:

  1. Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas, khususnya makanan.
  2. Membantu golongan yang memerlukan supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
  3. Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
  4. Menunjukkan keprihatinan dan kasih kerajaan kepada rakyat.
infografik berkenaan dengan tujuan pelaksanaan SYUKUR 2025
Tujuan Pelaksanaan SYUKUR 2025

Cara Semak Kelayakan SYUKUR 2025

Bagi anda yang telah melakukan permohonan, anda boleh melakukan semakan status kelayakan program bantuan ini dengan mengikuti enam langkah mudah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Online.
  2. Untuk Semakan Status, sila lihat bahagian Semakan Permohonan di sebelah kiri skrin.
  3. Tekan butang Semak.
  4. Pengguna akan dibawa ke laman rasmi SYUKUR
  5. Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan dan klik Semak.
  6. ⁠Status Kelayakan Permohonan anda akan dipaparkan di sini.

Baca juga: MamaKerja 2025 – Bantuan Bulanan Untuk Wanita Bekerja

infografik semakan status SYUKUR
Semakan Status SYUKUR
Infografik Pautan Baharu Semakan Status
Pautan Baharu Semakan Status

Tarikh Bayaran SYUKUR 2025

Untuk pengetahuan anda, bayaran Program SYUKUR bagi fasa 3 dijangka dibuat pada akhir September 2025. Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk melihat anggaran bulan pembayaran sepanjang tahun 2025:

  1. Fasa 1 (Jan – Mac 2025): Pembayaran bermula pada 19 Februari 2025 (Rabu).
  2. Fasa 2 (Apr – Jun 2025): Pembayaran bermula pada April 2025.
  3. Fasa 3 (Jul – Sep 2025): Pembayaran bermula pada akhir September 2025.
  4. Fasa 4 (Okt – Dis 2025): Pembayaran bermula pada Oktober 2025.
Infografik Tentang Tarikh Bantuan SYUKUR 2025
Tarikh Bantuan SYUKUR 2025

Pembayaran Tunai atau Cek Fasa 1 hingga Fasa 3

Adalah dimaklumkan bahawa pengagihan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) secara tunai dan cek bagi penerima Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 akan dilaksanakan bermula 20 November 2025 sehingga 12 Disember 2025.

Pembayaran Tunai SYUKUR 2025
Pembayaran Tunai SYUKUR 2025

Pembayaran Tunai atau Cek Fasa 4

Untuk pengetahuan penerima, penunaian Fasa 4 bantuan ini telah mula dilaksanakan.

Pembayaran Fasa 4
Pembayaran Fasa 4

Cara Ambil Tunai dan Cek

Berikut merupakan cara ambil tunai dan cek :

  • Sediakan 2 salinan kad pengenalan yang telah disahkan atau dicop oleh JPN.
  • Pergi ke cawangan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) yang berdekatan.
  • Anda akan mendapat bayaran secara tunai ataupun cek bergantung daerah anda. Jika anda mendapatkan cek, anda perlu ke bank untuk tebus cek dan dapatkan tunai.

Maklumat Lanjut

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak bertanggungjawab melalui saluran berikut:

  1. Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah: 088-338 338
  2. WhatsApp: 010-582 8207
  3. Laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah (untuk semakan dan maklumat terkini)

Soalan Lazim SYUKUR 2025

Berapakah jumlah bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?
Setiap penerima akan menerima RM900 bagi pembayaran SYUKUR Sabah Fasa 4.

Adakah individu bujang layak menerima bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4 2025?
Ya, individu bujang berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan turut layak menerima bantuan ini.

Bilakah tarikh bayaran SYUKUR Sabah Fasa 4?
Pembayaran Fasa 4 dijangka dibuat antara Oktober hingga November 2025, dan tarikh sebenar akan dimaklumkan kepada penerima.

Adakah Bantuan SYUKUR Sabah dimasukkan ke akaun bank penerima?
Bayaran akan disalurkan mengikut pilihan penerima sama ada melalui akaun bank, YONO Superapp, atau tunai.

Berapa ramai yang layak menerima bayaran SYUKUR Sabah?
Program SYUKUR Sabah disasarkan kepada 100,000 penerima di seluruh negeri.